Categories: Berita Lain

Isu kenaikan tarif air, rakyat jadi keutamaan tentukan kenaikan

   Adly Zahari. 


ALOR GAJAH – Kerajaan negeri Melaka akan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam mencari formula terbaik bagi menentukan kadar kenaikan tarif air di negeri ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari.


Justeru, beliau berkata formula yang diputuskan hasil perbincangan pihak yang terlibat itu perlu mengambil kira tarif terbaik yang tidak membebankan rakyat di samping insentif yang mampu meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Asas kita adalah (kenaikan tarif air) tidak akan membebankan rakyat dengan memberikan insentif kadar air kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan rakyat yang melakukan kaedah penjimatan penggunaan air.


“Kita akan melakukan penilaian bukan sahaja dari segi penyelenggaraan dan perkhidmatan bahkan meliputi semua aspek secara keseluruhan demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Pesta Ponggal di Paya Datuk di sini malam tadi.


Turut hadir Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka G.Saminathan dan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi Melaka Norhizam Hassan Baktee.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pada Selasa lepas, Bernama melaporkan rata-rata rakyat di negeri ini tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Melaka yang ingin menaikkan tarif air kerana ia dilihat sebagai tidak kena pada masanya ketika rakyat sedang menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.


Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar dilaporkan sebagai berkata kenaikan tarif air dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kebanyakan kerajaan negeri menyatakan persetujuan dengan cadangan tersebut.


Bagaimanapun katanya kadar kenaikan masih dalam perbincangan memandangkan setiap negeri mempunyai kadar tarif berbeza malah ada yang tidak pernah menyemak semula selama berpuluh tahun.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Sementara itu, Adly berkata beliau menyeru masyarakat India di negeri ini agar terus bersatu selain fokus bagi merebut peluang terbaik menerusi setiap inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan.


“Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha membela nasib dan kesejahteraan rakyat dengan memastikan bahawa setiap pembangunan yang dilaksana dapat memberi manfaat besar kepada rakyat pelbagai kaum termasuk masyarakat India B40 agar tiada kelompok masyarakat yang tercicir daripada ledakan pembangunan negeri ini,” katanya.


– Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago