Categories: Berita Lain

Panggang kucing dalam mesin pengering, pemandu teksi dipenjara 2 tahun



Seorang pemandu teksi yang viral dalam rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) menangkap dan memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin
pengering sehingga mati dalam keadaan berdarah, dijatuhi hukuman penjara dua
tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara
bermula dari tarikh tangkap pada 14 September tahun lalu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Moharaj didakwa dengan
kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing
di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gombak Ria, di sini, jam 12.54 tengah malam
hingga 1 pagi, pada 16 September tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut 29 (1) (e) Akta
Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama
yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam
rayuannya memohon dijatuhi hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung isteri
dan menjaga ibu yang sedang sakit.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sepanjang dalam tahanan, saya sering diejek dan dihina oleh
banduan lain. Sehubungan itu, saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat
Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini,” katanya.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan
Veterinar (JPV) Selangor, Roslan Mohd Isa, membantah rayuan itu dan memohon
hukuman berat kerana kesalahan membabitkan kepentingan awam yang menyaksikan
tingkah laku menganiaya dan menzalimi haiwan yang tidak mampu melawan.
“Sebagai manusia berakal, tertuduh seharusnya melindungi
binatang kerana ia tidak berdosa dan mendatangkan bahaya.
“Perbuatan menganiaya dan menzalimi haiwan adalah sikap yang
tidak boleh diterima oleh masyarakat,” katanya.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

Advertisement
Menurut laporan Berita Harian, sebelum ini, pada 20 September 2018, Mohanraj dan
juruteknik, SS Satthiya, 26,
mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.
Pada 16 Oktober tahun lalu, pekerja kontrak, K Ganesh 41,
pula dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama.
Bagaimanapun, pada prosiding sama, Satthiya, dilepas tanpa
dibebaskan oleh mahkamah untuk dijadikan saksi pendakwaan.
Mengikut fakta kes, pada 11 September 2018, pengadu yang
juga pengurus premis dobi menerima panggilan telefon daripada pelanggan yang
memaklumkan terdapat bangkai kucing dalam mesin pengering baju bernombor siri
D12.
Selepas membuat pemeriksaan dalam mesin itu, pengadu
mengambil tindakan memeriksa rakaman CCTV dan mendapati dua lelaki mengambil
kucing yang berada di bawah meja lipat serta mencampakkan haiwan berkenaan dan
menutup mesin pengering.
Kedua-dua tertuduh kemudian memasukkan token dan menekan
butang mula sebelum beredar meninggalkan kedai dobi berkenaan. Ekoran tindakan
itu, pengadu terpaksa menutup sementara kedainya akibat gangguan bau bangkai
yang sangat teruk.
Beliau kemudian membuat laporan polis dan tangkapan dibuat
pada 14 September tahun lalu.

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

17 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

18 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago