Categories: Berita Lain

Jambatan persahabatan ,Malaysia-thailand setuju proses pembinaan dipercepatkan

   Foto oleh Bernama


BANGKOK – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bersama bagi membincangkan dengan lebih terperinci cadangan pembinaan Jambatan Persahabatan antara Malaysia dan Thailand akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mac ini.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Thailand berkata kedua-dua negara bersetuju untuk mempercepatkan proses pembinaan jambatan yang akan menghubungkan Kelantan dengan Narathiwat; iaitu Jambatan Tak Bai-Pengkalan Kubor dan Sungai Golok-Rantau Panjang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut Dr Wan Azizah, kedua-dua negara juga komited dalam merealisasikan pembinaan Jambatan Persahabatan dan menjangkakan majlis pecah tanah untuk pembinaan kedua-dua jambatan dapat dilakukan perdana menteri kedua-dua negara pada tahun ini.


Katanya isu pembinaan Jambatan Persahabatan dibangkitkan oleh Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha semasa beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas perdana menteri itu di Government House, petang ini.


“Saya fikir reka bentuk ada disentuh dalam perbincangan, dan akan disusuli dengan aspek teknikal. Saya berpendapat jawatankuasa teknikal tertinggi di kedua-dua pihak akan berbincang bagaimana untuk melaksanakannya. Saya tidak dimaklumkan tentang tempoh masa, ia akan mengambil masa yang agak lama. Pihak Thai juga ada beberapa isu yang perlu kita tangani,” katanya pada sidang media bersama media Malaysia di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dan Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya. Turut serta pada sidang media itu Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.


Lawatan tersebut adalah yang pertama sejak Dr Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 21 Mei lepas.


Dr Wan Azizah berkata perbincangan bersama rakan sejawatannya itu sangat produktif dengan pelbagai perkara yang menyentuh kepentingan bersama telah dibincangkan.


“Kedua-dua pihak bersepakat bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand semakin erat dan kukuh. Bertitik-tolak daripada keinginan tersebut, saya dan pemimpin-pemimpin Thailand telah berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terkini kerjasama dua hala yang ada antara Malaysia dan Thailand, dan saling berkongsi pendapat mengenai hala tuju dalam memperkukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Thailand.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



“Saya juga menegaskan bahawa Malaysia memberi tumpuan dan perhatian yang amat serius terhadap usaha meningkatkan hubungan dengan Thailand. Lawatan-lawatan peringkat tertinggi, serta juga usaha-usaha kerjasama baharu yang dipelopori adalah bukti yang nyata terhadap keinginan ini. 


Kita hendaklah memastikan bahawa era ini merupakan ‘the Golden Era of Malaysia-Thailand relations’,” katanya. 


– Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

4 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago