Connect with us

Berita Lain

Pintar, prihatin jadikan Sultan Nazrin disegani


KUALA LUMPUR – Kecemerlangan akademik dan lantang
melontarkan pandangan menjadikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih
sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebagai raja yang berintelektual tinggi
dan disegani.
Sultan Nazrin, 62, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah
dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan secara lantang akan menegur pihak
pentadbir sekiranya terdapat perkara tidak betul terutama yang melibatkan
kesejahteraan rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Diputerakan pada 27 November 1956, di Georgetown, Pulau
Pinang, baginda juga mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam
dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat selain Ijazah Sarjana Muda dalam
Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England.
Kebijaksanaan yang dimiliki baginda itu diterjemahkan dengan
jelas pada setiap titah dengan menyentuh segenap aspek merangkumi isu global,
pentadbiran kerajaan mahupun kehidupan rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Antara yang diingati pastinya teguran baginda terhadap
pemimpin yang tidak amanah dan berintegriti hingga mengakibatkan ummah berada
dalam sengsara semasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 di
Putrajaya.
Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada
29 Mei 2014, manakala istiadat pertabalan berlangsung di Istana Iskandariah,
Kuala Kangsar pada 6 Mei 2015.
Putera sulung Almarhum Sultan Azlan dan Tuanku Bainun yang
merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) diangkat menjadi
Sultan Perak berikutan kemangkatan ayahanda baginda pada 28 Mei 2014.
Sultan Nazrin dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya 16
Julai 2014 selain merupakan Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala
Kangsar selepas ia dinaik taraf daripada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan
Shah pada 2016.
Sultan Nazrin diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim, 46,
pada 17 Mei 2007 dan pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Raja Azlan
Muzzaffar Shah, 11, serta seorang puteri Raja Nazira Safya, 7.
Pada 13 Disember 2016, Sultan Nazrin dilantik sebagai
Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 2 November lalu, baginda selaku Timbalan Yang
di-Pertuan Agong menandatangani pengisytiharan menjalankan tugas-tugas Yang
di-Pertuan Agong apabila Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

Disebalik ketegasan baginda, Sultan Nazrin amat prihatin dan
mudah tersentuh dengan kesusahan rakyat antaranya kematian anggota bomba
Muhammad Adib Mohd Kassim pada 17 Disember lalu dalam rusuhan di tapak kuil
Seafield, Subang Jaya, November lepas.
Keprihatinan baginda akan insiden yang menyedihkan negara
jelas menyentuh perasaan baginda yang sebak dan menitiskan air mata ketika
bertitah pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli-ahli Majlis Agama
Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Pulau Pinang. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel