Categories: Berita Lain

Lantang boikot Israel, Dr Mahathir paling popular di Al Jazeera



KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir menjuarai carta ‘Sibaq Al Akhbar’ (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori ‘ Tokoh Minggu Ini’ kelolaan saluran berita Arab terkenal, Al Jazeera apabila memperoleh undian tertinggi penonton saluran televisyen berkenaan.  

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Keputusan undian yang dipaparkan secara langsung pada setiap Rabu itu menunjukkan Dr Mahathir memperoleh 49 peratus undian responden terdiri penonton saluran televisyen berkenaan di seluruh Semenanjung Tanah Arab sekali gus mengatasi tiga tokoh lain.
Timbalan Perdana Menteri Itali Luigi Di Maio memperolehi undian kedua tertinggi dengan 33 peratus diikuti Ulama Saudi Dr Ahmed al-Amari (13 peratus) dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Martin Griffiths (lima peratus).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Menurut pengacara program, nama Dr Mahathir menjadi sebutan dan meraih populariti tertinggi minggu ini ekoran kenyataan lantang beliau terhadap isu Palestin-Israel.
Sebelum ini, Malaysia menyatakan beberapa pendirian tegasnya untuk tidak menerima penyertaan atlet Israel dalam kejohanan sukan antarabangsa yang dianjurkan di negara ini.
Terbaharu, Malaysia menolak penyertaan atlet Israel dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadual diadakan di Kuching dari 29 Julai hingga 4 Ogos menyebabkan hak penganjuran Malaysia untuk kejohanan itu dilucutkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Ahad lalu.
Mengulas mengenai pendirian Mahathir terhadap Israel dalam rancangan yang disiarkan secara langsung itu, Ketua komuniti penyokong Palestin Murad al-Yaqoubi berkata, “Pemilihan Perdana Menteri Malaysia ini mencerminkan pendirian masyarakat Arab sendiri yang enggan mengadakan sebarang hubungan dengan entiti Zionis.
Pendirian Dr Mahathir itu juga katanya khusus menggambarkan pengetahuannya terhadap isu Palestin dan bahaya mengadakan sebarang hubungan dengan Israel.
“Mereka yang mengikuti latar belakang politik Mahathir pasti tahu bahawa beliau menolak sebarang penjajahan terhadap Malaysia dan tidak tunduk kepada mana-mana kuasa.
“Sebab itu beliau menolak keras sebarang bentuk penindasan terhadap mana-mana bangsa atau penerimaan terhadap kuasa penjajahan di mana-mana negara.
“Sangat sukar untuk mendengar suara sebegini daripada pemimpin rantau ini (Arab) sendiri,” katanya.
‘Sibaq Al Akhbar’ program tv interaktif mingguan berbahasa Arab disiarkan secara langsung oleh Al Jazeera.net dan memberi peluang kepada penonton Semenanjung Arab memilih dan mengundi berdasarkan kriteria tertentu. — Bernama
Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago