Connect with us

Berita Lain

Anggota tentera didakwa biak nyamuk aedes di rumahnya


Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan
membiakkan dan memberi perlindungan kepada nyamuk aedes di kawasan rumahnya di
kuarters tentera, tiga tahun lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Norkamarulzaman Suid, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS)
membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan
Majistret Wong Chai Sia.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan membiak serangga
pembawa penyakit iaitu larva nyamuk aedes egypti, di dalam bekas plastik di
kawasan rumah di Kem Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek di sini pada 10.45
pagi, 13 Sept 2016.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dia dituduh mengikut Seksyen 13(1) dan dibaca bersama
Seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan dihukum di
bawah Seksyen 23(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum
RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Pejabat
Kesihatan Titiwangsa, Shumizan Siron manakala Norkamarulzaman tidak diwakili
peguam.
Mahkamah menetapkan 19 Feb untuk sebutan semula kes bagi
tertuduh melantik peguam.
— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel