Connect with us

Berita Lain

Elak dari digilis, lelaki terjatuh ke landasan kereta api sempat berbaring

   Agensi


New Delhi: Seorang lelaki yang terjatuh di atas landasan dianggap sangat bernasib baik kerana masih selamat apabila sempat berbaring ketika sebuah kereta api bergerak laju di atasnya.

Dalam kejadian yang berlaku di stesen kereta api Bihar, India pada Ahad lalu itu, lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun berbaring di atas landasan selama beberapa saat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Rakaman kejadian itu dirakam seorang penumpang dan ia segera tular di media sosial di India dengan ramai yang menganggap lelaki berkenaan sebagai sangat bernasib baik.

Mail Online melaporkan, lelaki itu leka melihat telefon bimbitnya ketika melintasi landasan sebelum terjatuh di laluan sebuah kereta api yang bergerak laju.

Dalam rakaman berkenaan, lelaki itu dilihat berbaring dan tidak bergerak ketika gerabak kereta api melintasi di atasnya selama beberapa saat.

Selepas kereta api itu melintasinya, lelaki itu segera bangun dan dibawa ke kawasan selamat oleh orang ramai.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Lelaki bertuah itu kemudiannya dibawa naik ke atas platform tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Menurut laporan itu, lelaki berkenaan membawa botol plastik dan dia datang ke stesen kereta api untuk mengambil air.

Lelaki itu kemudian segera meninggalkan stesen kereta api berkenaan kerana bimbang ditangkap pengawal kerana melintas landasan secara haram.

-Agensi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel