Connect with us

Berita Lain

Harap rakyat dapat sabar 3 tahun – Guan Eng

Foto oleh TMI

Rakyat Malaysia digesa supaya bersabar sementara kerajaan
baru Pakatan Harapan (PH) berusaha memulihkan kembali kedudukan fiskal negara,
kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Lim berkata ia akan mengambil masa tiga tahun untuk
memulihkan kedudukan fiskal Malaysia berikutan skandal 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) dan kembali ke landasan untuk bangkit dalam ekonomi sebagai
‘Harimau Asia’.
“Apabila kedudukan fiskal negara telah dipulihkan, kita akan
perlahan-lahan maju sedikit demi sedikit, dan kita berharap rakyat dapat
bersabar,” katanya ketika berucap di hadapan penganut Hindu sempena perayaan
Thaipusam di Kuil Penang Waterfall Hilltop, di George Town, malam ini.
Beliau berkata bukan mudah untuk kembali bangkit selepas
negara kehilangan berbilion ringgit, namun kerajaan PH akan berusaha dengan
“setiap degupan jantung kita untuk menunaikan janji-janji yang dibuat kepada
rakyat Malaysia”.
Terdahulu, Lim menghadiri upacara keagamaan khas di Kuil Sri
Meenakshi dan Kuil Nattukotai Chettiar di Pulau Pinang, bersempena perayaan
Thaipusam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang
Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kerangkuman Gender dan
Agama Selain Islam negeri, Chong Eng dan Anggota Parlimen Bukit Bendera Wong
Hon Wai. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel