Connect with us

Berita Lain

Ismail Sabri sifatkan Manogaran sengaja cabar Akta SPR


Pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob mempersoal tindakan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran memakai baju
berlogo parti dalam perkarangan pusat pengundian yang disifatkannya sebagai
sengaja mencabar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata tindakan bertentangan dengan akta SPR dibuat
calon PH bersama jenteranya bermula sejak penamaan calon sehingga ke hari ini,
berhubung perkara seperti pengedaran duit minyak, penggunaan kenderaan
kerajaan, pemberian sumbangan dan bantuan secara terbuka serta ugutan terhadap
tok batin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Lebih malang lagi calon (PH) itu ke tempat pengundian
dengan logo (parti) sedangkan itu jelas dalam akta SPR tidak ada logo pun boleh
berada dalam lingkungan 50 meter dari tempat pengundian dan dia berada dalam
pusat pengundian.
“Ini jelas menunjukkan kerajaan PH hari ini tidak
mempedulikan apa peraturan serta undang-undang dan buat apa mereka suka
walaupun bantahan dan laporan polis dibuat BN sejak mula (kempen),” katanya
ketika ditemui di luar perkarangan pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK)
Betau di sini hari ini, yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) Ramli
Mohd Noor.
Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera turut
mempersoal mana suara-suara dan kenyataan lantang daripada badan bukan kerajaan
(NGO) seperti Bersih yang dahulunya sering mengkritik ketika pemerintahan
kerajaan BN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya harap Bersih jangan hanya berarak di jalan raya
sewaktu (kerajaan ) BN yang mereka katakan kurang bersih, tapi sekarang ini
jelas ‘kotor’ berlaku secara terbuka.
“Malah, sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada
Bersih atau pun mana-mana NGO lain,” katanya.
Sementara itu, Ramli kecewa dengan tindakan calon PH
tersebut yang tidak peka dengan akta-akta SPR, walhal calon itu sudah tiga kali
bertanding pada pilihan raya.
“Dia lebih berpengalaman daripada saya. Saya baru pertama
kali (bertanding). Jadi sekarang, saya biarkan orang ramai menilai,” katanya.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

Beliau turut melahirkan keyakinan tinggi sokongan pengundi
terhadap BN berdasarkan tinjauannya ke beberapa pusat pengundian sejak pagi
tadi.
Sementara itu, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata
Manogaran telah diarah keluar daripada sebuah pusat mengundi oleh pegawai SPR
kerana pakaiannya mempunyai logo parti.
Beliau berkata menjadi satu kesalahan bagi sesiapa sahaja
yang membawa atau memakai material memaparkan logo parti dalam kawasan mengundi
dan jarak 50 meter di luarnya.
“Jadi tindakan telah diambil SPR dengan meminta beliau
keluar dari kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses
pengundian PRK Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Ringlet.
Dilaporkan, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
turut mempersoal tindakan SPR yang membenarkan Manogaran memakai baju
berlambangkan PH masuk ke dalam pusat mengundi di SK Senderut di Kuala Lipis.
Beberapa keping gambar memaparkan Manogaran memakai baju
berlogo PH diiringi petugas SPR memasuki pusat mengundi itu turut dimuat naik
Asyraf Wajdi dalam laman Facebook beliau.
Terdahulu, ketika ditemui pemberita di SJK (C) Brinchang dan
diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas hari ini,
yang mempertikai pencalonan Manogaran dan Ramli bagi PRK kali ini kerana
kedua-dua mereka bukan pengundi di situ, Azhar berkata perkara itu di bawah
bidang kuasa pembuat dasar dan bukannya SPR.
“Sebenarnya perkara itu adalah perkara dasar dan bukan di
bawah bidang kuasa SPR, maka saya serahkan perkara itu kepada pembuat dasar
sama ada untuk melihat perkara itu perlu ditukar atau tidak,” katanya. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel