Connect with us

Berita Lain

Jasa Najib masih dikenang peneroka di Jelai


Walaupun terpalit dengan skandal 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), namun jasa Datuk Seri Najib Razak tetap dikenang peneroka di
Jelai.
Rata-rata pengundi di situ, dalam kawasan parlimen Cameron
Highlands, menyedari kes 1MDB tetapi nama baik bekas perdana menteri itu masih
dalam ingatan mereka, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohd Fadzil Suparman, 49, mengakui Najib dulu sedaya upaya
menyelesaikan masalah peneroka Felda secepat mungkin berbanding kerajaan
Pakatan Harapan (PH) hari ini.
“Kes Najib yang dibawa ke mahkamah pun bukan macam kes liwat
atau bukan kes bunuh. Kes pecah amanah, menyeleweng dana. Kes dia itu saja,
bukan?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dia buat pun dia tak lupa rakyat, dia janji lagi BR1M
(Bantuan Rakyat 1Malaysia) bagi RM2,000 kalau dia menang,” katanya di Felda
Sungai Koyan 3.
Norazmi Mohd Alias Mokhtar, 53, pula mengakui jasa Najib
memberi bonus kepada peneroka generasi kedua sekali gus menyuarakan rasa tidak
berpuas hati kepada PH.
“Dulu tak ada masalah bayaran bulanan, bonus. Masing-masing
boleh berangan nak beli rumah, kereta baru,” katanya, yang mengakui peneroka
kini sedang berjimat.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

“Sekarang ini keadaan memberi tekanan kepada peneroka sebab
banyak barang yang nak beli terpaksa ditangguh.”
Bersetuju dengan pendapat Norazmi, penduduk Felda Sungai
Koyan 1 yang dikenali Ida sahaja mahu Najib kembali mentadbir negara walau
beliau bukan perdana menteri terbaik.
Menetap di Felda itu sejak 20 tahun lalu, Ida berkata
kerajaan Barisan Nasional “lebih baik” daripada kerajaan PH malah mendakwa
nasib mereka kini terabai sekarang.
“Najib bukan yang terbaik tapi dia lebih baik daripada PH.
Sekurang-kurangnya dia jaga kebajikan orang Melayu. Sekarang ni kakak penyokong
PAS,” katanya.
Menurutnya, dia sekeluarga merasai tekanan susulan
pendapatannya dari hasil ladang susut hingga RM2,000 dan terpaksa menyara dua
daripada lima anaknya yang masih belajar.
Justeru, Ida telah memutuskan untuk mengundi calon BN Ramli
Mohd Nor, bekas pegawai polis dari suku kaum Semai, kerana calon itu beragama
Islam.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel