Connect with us

Berita Lain

Kelajuan internet kurang memuaskan, wifi percuma di pulau pinang dihentikan



GEORGETOWN – Perkhidmatan WiFi percuma atau ‘Penang Free WiFi’ (PFW) akan dihentikan bermula 13 Februari ini berikutan kelajuan internet yang kurang memuaskan.



Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, kerajaan negeri dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan sedia ada memandangkan kelajuannya tidak setimpal dengan kualiti perkhidmatan dan jumlah penggunaannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Pada kelajuan sedia ada, PFW kini berkelajuan 512 kbps bagi setiap AP (access point) manakala kelajuan keseluruhannya pula 375 mbps.



“Jadi, untuk kelajuan PFW akan datang kita akan tingkatkan kepada 1.5 gbps dengan minimum 1,560 APs yang bermaksud 2 mbps setiap AP dengan kemampuan menampung 50 orang pengguna pada setiap masa,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan HMC Clinic di Solaris Square di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Menurutnya perkhidmatan PFW sedia ada hanya mampu menampung 30 pengguna bagi satu-satu masa dan jumlah maksimum penggunaannya ialah 46,800 orang.



“Dari tahun 2009 ia dilancarkan sehingga sekarang hanya terdapat lebih 670,000 jumlah login jadi kerajaan negeri memutuskan perkhidmatan PFW diteruskan secara ‘co-branding’ melalui penawaran secara permohonan cadangan (RFP) yang dijangka dimulakan pada suku pertama tahun ini.



“Tujuan penawaran melalui RFP itu untuk menggalakkan idea kreatif dan inovatif daripada syarikat yang terlibat dalam pembangunan jaringan infrastruktur telekomunikasi selain meningkatkan pengalaman pengguna,” katanya.



Zairil berkata, ia juga seiring hasrat kerajaan negeri dalam menuju Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa dan Visi Penang 2030: A family-focused Green and Smart State to Inspire the Nation.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



“Syarikat PDC Telecommunication and Services Sdn Bhd dilantik sebagai agensi pelaksana RFP dan perkhidmatan PFW yang baru akan diumumkan pada Julai ini,” katanya.



PFW dilancarkan pada 2009 oleh kerajaan negeri dengan jumlah AP sebanyak 1,560 di 40 kawasan Dun. 



– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel