Connect with us

Berita Lain

Kerana berani, Tun Mahathir dan Syed Saddiq diangkat sebagai Hero oleh rakyat Palestin

Rakyat Palestin mempamerkan poster perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menghargai ketegasan Malaysia berhubung isu Israel.

KEPUTUSAN Malaysia untuk mengharamkan kemasukan atlet renang
Paralimpik Israel terus mendapat reaksi positif daripada Palestin.
Tersebar beberapa keping gambar memperlihatkan sokongan warga Palestin kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga lantang membela hak rakyat Palestin.

Warga Palestin mempamerkan poster perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Sebelum ini, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Malaysia akan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini dan menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

“Kita tetap tidak akan benarkan. Kalau mereka datang juga, ia adalah satu kesalahan.

“Jika mereka mahu menarik semula hak penganjuran kejohanan itu dari Malaysia sekalipun, mereka boleh berbuat demikian,” kata Tun Mahathir lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement


Mengulangi pendirian tegas itu baru-baru ini Tun Mahathir berkata Malaysia tidak akan sesekali menerima rakyat daripada negara yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa, melanggar undang-undang antarabangsa, moral dan hak asasi manusia.

“Atlet itu datang dari negara yang tidak menghormati
undang-undang antarabangsa.
“Mereka buat apa sahaja yang mereka suka, termasuklah
membina penempatan di negara orang, menceroboh perairan negara lain dan
menakluk kapal yang mahu menghantar bantuan ke Gaza,” tegas Tun Mahathir lagi.

Malaysia kata Tun Mahathir lagi, tidak boleh berbuat apa-apa kepada Israel,
dan pada masa sama tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan negara penjenayah itu.
“Mereka boleh sertai kejohanan sukan di negara lain tetapi
bagi Malaysia, mereka datang dari sebuah negara penjenayah dan kami tidak boleh
menerimanya,” kata beliau lagi.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();


Turut kelihatan poster Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemimpin muda yang turut sama lantang menyuarakan sokongan terhadap hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.

Warga Palestin mempamerkan poster Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata Malaysia memberi keutamaan paling atas untuk melindungi kepentingan Palestin dan rakyatnya, dan keputusan tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di negara ini adalah tepat.

Beliau menjawab demikian apabila Shaun Ley yang bertindak sebagai peneraju (anchor) menerusi program bual bicara BBC bertanya kepada beliau mengapa Malaysia menafikan peluang untuk atlet Israel membuktikan diri mereka bersaing dengan beberapa perenang terbaik dunia apabila membuat keputusan itu.
“Jika menganjurkan acara antarabangsa adalah lebih penting daripada menjaga kepentingan rakyat Palestin yang menjadi saudara kita, ini bermakna kita telah kehilangan kedudukan moral kita,” tegas Syed Saddiq.
Lagi foto memperlihatkan sokongan rakyat Palestin kepada Syed Saddiq kerana berani bersuara isu Palestin.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia akan terus bersuara menentang pencabulan hak asasi manusia dan keganasan terhadap rakyat Palestin walaupun ia mungkin menghadapi akibatnya pada masa depan.

Keputusan tidak membenarkan atlet Israel bertanding mendapat bantahan dari Jawatankuasa Olimpik Israel yang terus memberi tekanan kepada pihak penganjur untuk mengeluarkan visa kepada atlet mereka kerana kejohanan itu dianggap sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Keputusan Malaysia untuk tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini menerima sokongan padu rakyat Malaysia daripada berbilang bangsa yang bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir bahawa Israel merupakan negara penjenayah. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel