Connect with us

Berita Lain

KPM disaran tetapkan harga siling yuran PIBG

Foto The Star

Kementerian Pendidikan disaran menetapkan harga siling bagi
pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berdasarkan kemampuan
setiap ibu bapa.
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof
Madya Dr Mohd Ali Hassan berkata langkah itu bagi mengelak ibu bapa terbeban
dengan jumlah yuran yang terlalu tinggi di sesetengah sekolah terutamanya di
kawasan bandar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kementerian perlu mengeluarkan garis panduan had yuran yang
perlu dibayar ibu bapa dengan mengambil kira kepada kedudukan dan jenis sekolah
serta keupayaan ibu bapa pelajar itu sendiri sama ada di sekolah menengah,
rendah mahupun di luar bandar.
“Malah kementerian juga boleh memberi pengecualian kepada
ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai atau daripada golongan isi
rumah berpendapatan rendah (B40) daripada membayar yuran tersebut,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee
Malik semalam bahawa pihaknya tidak bercadang menyelaraskan yuran PIBG di
seluruh negara, namun berharap terdapat perbincangan mengenai perkara itu
bersama ibu bapa terlebih dahulu supaya kadarnya tidak membebankan.
Menurut Mohd Ali, kementerian juga perlu mengadakan
perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk PIBGN dalam menetapkan garis
panduan harga siling tersebut bagi memastikan mekanisme yang diwujudkan nanti
benar-benar berkesan dan boleh dilaksanakan.
Malah sebarang keputusan mengenai harga siling itu juga
perlu mendapat persetujuan daripada mesyuarat PIBG di sekolah dan diluluskan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah.
Beliau turut mengingatkan bahawa keutamaan yuran PIBG
tersebut adalah bagi keperluan kebajikan, pembangunan pendidikan mahupun
keselamatan sekolah.
“PIBG mesti mengambil maklum yuran tersebut bukan lah untuk
tujuan majlis keraian, membiayai pakaian seragam ko-kurikulum atau peralatan
persekolahan yang boleh dibeli di kedai seperti set peralatan geometri dan buku
kerja,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd Razak mencadangkan harga siling yuran
PIBG pada kadar RM50 yang dianggapnya memadai dan tidak membebankan.
Beliau berkata jumlah itu jika dikumpul sudah cukup untuk
menggerakkan aktiviti serta menguruskan pembelajaran pelajar selain
melaksanakan program pendidikan.
“Yuran ini merupakan sumbangan ibu bapa dalam membangunkan
aktiviti pendidikan anak mereka jadi sekiranya mereka berkemampuan, tidak
menjadi masalah jika mereka menyalurkan lebih daripada jumlah harga siling
tersebut demi anak-anak mereka,” katanya.
Mengenai jaminan kementerian bahawa tiada lambakan pelajar
di sekolah harian berikutan tawaran memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
tahun ini mengutamakan golongan B40 dan penduduk di luar bandar, Kamarozaman
berkata setakat ini jumlah pelajar paling ramai bagi setiap kelas adalah 40
orang yang dianggap masih memadai.
Bagaimanapun jumlah paling bersesuaian untuk mendidik murid
dengan lebih berkesan adalah pada kadar 25 hingga 30 murid bagi seorang guru.
“Sekiranya jumlah murid melebihi 40 orang setiap kelas, kami
berharap kementerian mempercepatkan proses penambahan guru bagi mengurangkan
beban serta memudahkan proses pembelajaran murid,” katanya.
— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel