Connect with us

Berita Lain

Larang atlet Israel: Kizierowski tolak latih atlet renang Malaysia



KUALA LUMPUR: Ketika Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah berkira-kira hari menyambut ketibaan jurulatih baharu, badan induk itu terpaksa melupakan perancangan mereka selepas pembawa bendera Poland di Sukan Olimpik Athens 2004, Bartlomiej Kizierowski mengubah fikirannya. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Awalnya, Kizierowski yang pelantikannya diumumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan ASUM minggu lalu, dijangka tiba di Bukit Jalil selepas sambutan Tahun Baru China, minggu depan.
Namun, ia tidak menjadi kenyataan selepas Kizierowski yang berpengalaman melatih skuad renang Sepanyol dalam muat naik status Facebook miliknya mengesahkan keputusan untuk tidak menerima pelawaan ASUM, atas alasan polisi Malaysia berhubung larangan atlet Israel memasuki negara ini. 
“Semalam (23 Januari) saya menerima tawaran menarik untuk menjadi jurulatih renang Malaysia. Antara alasan peribadi, saya menolaknya adalah kerana kenyataan terbaru dibuat ahli politik Malaysia berhubung tindakan tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara itu bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tiada tempat dalam sukan untuk perkara sebegitu. Saya juga ingin berterima kasih kepada komuniti Malaysia yang menunjukkan kepercayaan dan memberi peluang kepada saya,” katanya.
Kizierowski, 41, pernah beraksi di empat Sukan Olimpik berturut-turut bermula daripada edisi 1996, sebelum menukar karier ke dalam bidang kejurulatihan. 
Beliau sebelum ini berkhidmat di Sepanyol, sebelum ditawarkan posisi selaku jurulatih skuad renang kebangsaan bagi menggantikan Paul Birmingham yang meninggalkan ASUM selepas lebih 10 tahun di sini.
Difahamkan, Setiausaha Agung ASUM, Mae Chan turut terkejut dengan keputusan mengejut Kizierowski itu.
Ini bermakna, badan induk itu mungkin terpaksa membuat rombakan dengan menaikkan pangkat Chris Martin yang awalnya akan dibawa masuk sebagai jurulatih pembangunan kepada posisi utama selaku ketua jurulatih skuad senior.
Terdahulu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada Ahad lalu memutuskan untuk melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak 29 Julai hingga 4 Ogos ini. – Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel