Bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, faktor geografi menyaksikan terdapat kawasan di kerusi berkenaan terletak di pedalaman yang sukar untuk dimasuki.
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya percaya kita ada peluang baik untuk mempertahankan kerusi Cameron Highlands tetapi mesti dapat melakukan kerja-kerja pilihan raya yang bersungguh-sungguh sebab kawasan itu kawasan pedalaman yang sukar.

“Kalau kita semua bersemangat, BN boleh mempertahankan kerusi itu berdasarkan kepada banyak kekecewaan hari ini dengan ketidakmampuan Pakatan Harapan menunaikan janji yang memberi kesan sedikit sebanyak dari segi sikap rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian bantuan khas sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tengku Ampuan Fatimah di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 647 murid dari 14 sekolah kebangsaan di dalam DUN Bebar menerima bantuan persekolahan kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang dan beg sekolah sumbangan Najib selaku Ahli Parlimen Pekan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Januari ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

PRK kerusi berkenaan diadakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan calon BN, Datuk C. Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ekoran berlakunya amalan rasuah di kawasan tersebut. – UTUSAN ONLINE