Connect with us

Berita Lain

Polis Johor siasat video didakwa anggota minta duit, tunjuk pistol, ugut mahu ‘kasi mati’ adik pemandu lori dalam tahanan


Polis Johor sedang menyiasat klip video yang tular di media
sosial menunjukkan salah seorang anggotanya melakukan ugutan jenayah terhadap
seorang individu.
Sebelum ini telah tular rakaman video seorang lelaki membuat ugutan bunuh
dengan menunjukkan pistol ketika meminta wang dari seorang lelaki dipercayai
bekerja sebagai pemandu lori.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lelaki itu turut mengugut mahu “kasi mati” adik
pemandu lori tersebut yang difahamkan berada dalam tahanan polis sekiranya permintaannya
tidak ditunaikan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din,
dalam video berkenaan, suspek menunjukkan sepucuk pistol di pinggang kepada
seorang lelaki dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dengan mengaitkan
dirinya dengan pegawai kanan polis yang bertugas di IPD JOhor.
“PDRM Johor mengambil maklum dan akan menyiasat perkara
ini yang mencemarkan nama baik dan imej pasukan Polis Diraja Malaysia khususnya
PDRM Johor.
“Suatu penyiasatan menyeluruh akan dijalankan oleh PDRM
Johor dan tindakan undang-undang akan diambil jika terdapat sebarang salah guna
kuasa melibatkan pegawai kanan dan pegawai polis di kontinjen Johor,”
katanya lagi dalam satu kenyataan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Klip video selama 2.32 minit itu menunjukkan seorang lelaki
diugut oleh seorang anggota polis, yang mengeluarkan perkataan berbaur
perkauman.
Mohd Kamarudin menyeru agar saksi dalam kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.

Berdasarkan rakaman video yang tular tersebut, difahamkan adik pemandu lori itu
kini berada dalam lokap polis. Pemandu lori telah buat satu “janji”
dengan lelaki terbabit untuk membayar wang sejumlah RM50,000 berhubung kes
adiknya.
Pemandu lori itu dikatakan sudah membayar sejumlah RM20,000
berdasarkan perjanjian mereka, namun oleh kerana baki RM30,000 masih
tertunggak, maka lelaki berkenaan menjadi marah dan datang bertemu dengan
pemandu lori untuk menagih wang berkenaan dengan nada kasar dan kesat.
Anggota polis berkenaan turut memberi amaran kepada mangsa
sebanyak dua kali bahawa anggota keluarganya yang dipenjarakan akan mati jika
jumlah tersebut tidak dibayar.

Di bawah ini terdapat rakaman video berkenaan yang sudah ditonton
lebih 100,000 tontonan. – Malaysian Update


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel