Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau juga turun berkempen menggunakan kenderaan sendiri sepanjang sehari berkempen di Parlimen berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Beliau berkata tindakannya itu antara lain sebagai menghormati peraturan Pilihan Raya untuk tidak menggunakan aset kerajaan ketika berkempen.

“Kita memang cuba nak elakkan semua kontroversi ini kerana ini salah satu prosedur operasi standard pilihan raya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan makan tengah hari bersama penduduk Kampung Keledek, antara perkampungan di bawah Parlimen Cameron Highlands.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang masing-masing turut mengambil cuti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement


Malah, kata Dr Wan Azizah setiap anggota Kabinet telah diingatkan untuk tidak menggunakan aset kerajaan sepanjang tempoh berkempen.

Ditanya mengenai insiden membabitkan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang didakwa menggunakan kenderaan milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ketika berkempen, Dr Wan Azizah berkata pihaknya sedang meneliti perkara tersebut.

“Kami perlu meneliti, sama ada dia benar-benar mengambil kenderaan itu, jika salah maka salahlah, kita perlu menyiasat terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, beliau melawat Kampung Tanjung Gahai dan bilik gerakan PH di Dusun Pak Senam, di sini, sebelum meneruskan lawatannya ke perkampungan Orang Asli di Pos Lanai sebelum balik ke Kuala Lumpur.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();


Beliau dijadualkan melakukan lawatan kerja ke Bangkok, Thailand, esok.

PRK Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru itu dengan PH mempertaruhkan M. Manogaran, BN diwakili Ramli Mohd Noor dan dua calon Bebas lain iaitu Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib. 

– BERNAMA