Connect with us

Berita Lain

Rakyat Palestin berterusan ucap terima kasih, bawa bendera Malaysia di mana-mana


Keputusan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Moahamad untuk tidak membenarkan atlet
daripada Israel memasuki Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia
2019 baru-baru ini terus mendapat penghargaan tidak putus-putus daripada warga Palestin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terbaru video dan gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ahmed Abu Ayesh Alnajjar menunjukkan beberapa keping gambar
rakyat Palestin memegang bendera Malaysia, beliau
 turut memuat naik satu video.


SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO


”Terima kasih Malaysia. Kepada saudara-saudara kami di
Malaysia, rakyat Palestin mempersembahkan tarian rakyat ‘Dahiya’ sebagai ucapan
terima kasih kepada anda semua,” kata warga Palestin itu.
Penduduk-penduduk di Gaza yang menyertai demonstrasi
‘Great Return March’ di sempadan Palestin-Israel juga turut membawa
poster-poster tertera imej pemimpin utama negara termasuklah Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Moahamad dan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Budi baik rakyat Palestin yang menghargai sumbangan Malaysia
itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan sukan iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kemudiannya turut berkongsi
ucapan yang sama di laman facebooknya baru-baru ini.


Terdahulu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang
bersidang di Britain dua hari lepas telah menarik balik hak Malaysia selaku
tuan rumah untuk menganjurkan kejohanan tersebut selepas Tun Mahathir bertegas untuk tidak menerima atlet daripada negara ‘penjenayah’.



IPC dalam kenyataannya menyatakan kekecewaan dengan keputusan kerajaan Malaysia dan mendakwa ia bertentangan dengan janji yang dibuat oleh Majlis Paralimpik Malaysia (NPC) ketika kedua-dua pihak menandatangani perjanjian pada 2017.


Tun Mahathir bagaimanapun tidak peduli dengan penarikan tersebut dan berkata Malaysia boleh menganjurkan acara sukan lain.


Tun Mahathir juga melahirkan rasa hairan bagaimana dunia boleh menyokong Israel disebalik kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin.


Rakyat Malaysia terus menyatakan solidariti bersama Palestin dan menyokong penuh keputusan kerajaan untuk menghalang atlet Israel daripad memasuki negara. – Malaysian Update


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel