Connect with us

Berita Lain

Sebutan semula kes bekas MB cabul remaja ditetapkan 15 Februari


Mahkamah Sesyen Kangar menetapkan 15 Feb untuk mendengar
semula sebutan kes bekas menteri besar Perlis Shahidan Kassim yang didakwa
mencabul seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lalu.
Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan tarikh itu selepas
pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail
menyerahkan dokumen kes itu kepada Shahidan, pagi ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Shahidan, 68, yang diwakili peguam Thalia Rohaina Abdul
Latiff, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dan Zuhair Ahmad Zakuan, tiba di
mahkamah kira-kira 8.30 pagi.
Shahidan, yang juga Anggota Parlimen Arau, didakwa melakukan
amang seksual dengan menyentuh tangan hingga bahu seorang remaja perempuan
berumur 15 tahun tujuh bulan dalam kereta di tepi jalan pekarangan Stadium
Tuanku Syed Putra, Kangar pada 11.30 malam 20 Okt 2018.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan
Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum penjara tidak lebih 20
tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Pada 8 Jan lepas. Ainul Shahrin menetapkan 18 Feb untuk
penyerahan dokumen dan 25 Feb bagi mendengar sebutan semula kes itu selepas
Shahidan tidak hadir untuk menerima dokumen kes kerana dimasukkan ke Hospital
Kuala Lumpur.
Pada 21 Okt lepas, seorang remaja perempuan yang merupakan
penyanyi sebuah kumpulan busker yang ditaja Shahidan membuat laporan di Balai
Polis Kangar mengenai dakwaan dia dicabul oleh Anggota Parlimen Arau itu namun
menarik balik laporan berkenaan beberapa jam kemudian.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

Peguam pemerhati yang mewakili keluarga dan remaja perempuan
itu, Mohd Hapiz Rajali berkata mangsa dan keluarganya berhasrat untuk tidak
meneruskan kes berkenaan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel