Connect with us

Berita Lain

SUV Perodua Aruz dibuka untuk tempahan, harga antara RM72,200, RM77,200


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) hari ini
membuka tempahan bagi jentera terbaharunya daripada model kenderaan utiliti
sukan (SUV), Perodua Aruz yang turut akan dilancarkan secara rasmi dalam tempoh
terdekat.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin
Ahmad berkata, model transformasi keempat dengan penetapan piawaian baharu itu
ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance pada anggaran
harga antara RM72,200 dan RM77,200.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perodua Aruz menawarkan lima pilihan warna iaitu Ivory
White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon
Green.
“Model ini dijangka melengkapkan barisan produk kami yang
sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, syarikat mensasarkan
jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019.
“Perodua Aruz turut ditetapkan dengan piawaian terbaharu
iaitu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan, yang mana
ia turut menerima pengiktirafan lima bintang bagi ujian Program Penilaian
Keselamatan Kereta baharu di Asia Tenggara (ASEAN NCAP),” katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini, lapor Kosmo online.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut Zainal Abidin, turut menyumbang kepada penarafan
keselamatan lima bintang ASEAN NCAP bagi model baharu itu adalah ciri-ciri
seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), sistem
ISOFIX dan enam beg udara.
“Kesemua ciri berkenaan terdapat pada kedua-dua varian
Perodua Aruz, manakala bagi varian Advance ia dilengkapi dengan sistem bantuan
pemanduan selamat (ASA) yang dipertingkatkan atau dinamakan sebagai ASA 2.0.
“Menerusi ciri ASA 2.0, ia dapat mengesan pejalan kaki
sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang dipertingkatkan
sehingga 100 km/j untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan 80 km/j bagi sistem Brek
Pra-Pelanggaran,” ujarnya.
Beliau berkata, SUV berkenaan dikuasakan dengan enjin empat
silinder 1.5 liter blok aluminium dan Dual VVT-i yang dipadankan dengan
transmisi automatik melalui kawalan secara automatik (E-AT)
“Ia turut digabungkan dengan Sistem Melahu Eko (Eco Idle)
untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l dan membolehkannya
diiktiraf oleh kerajaan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).
“Jentera ini turut dilengkapi lampu depan LED bersama fungsi
Follow-Me-Home (lampu auto pada varian Advance) selain digayakan dengan rim
aloi dua tona 17 inci pada ketinggian 220 milimeter (mm) dari aras tanah,”
jelasnya.
Perodua Aruz dilengkapi akses pintar dengan butang penghidup
enjin adalah standard manakala, bagi varian Advance ia tambah dengan lampu
kabus dan rel bumbung sebagai penambah gaya.
Untuk penampilan lebih eksklusif varian Advance
disempurnakan dengan kemasan kerusi kulit dan stereng yang dibalut dengan
kawalan terima panggilan serta perakam video memandu bersepadu selain
dilengkapi port HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel