Connect with us

Berita Lain

Waris Salleh Perang tuntut Johor serah pusaka RM300 bilion


KULAI — Waris keturunan Datuk Mohamed Salleh Perang
yang juga Dato Bentara Luar Johor antara 1856 hingga 1912, menuntut kerajaan
negeri memberi kerjasama dengan menyerahkan harta pusaka milik Allahyarham yang
didakwa dianggarkan bernilai sehingga RM300 bilion.
Wakil Waris Pentadbirnya, Mohd Zaini Aris, 59, berkata
penyerahan harta itu harus dilakukan secara jujur, amanah dan berhemah kerana
pihaknya mempunyai dokumen sah seperti geran tanah membuktikan Allahyarham
masih mempunyai aset di beberapa daerah yang sehingga kini masih belum dipindah
milik kepada waris berhak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau mendakwa aset-aset itu termasuk di Johor Bahru, Kota
Tinggi, Iskandar Puteri, Gunung Pulai dan Sungai Tiram.

Mohd Zaini mendakwa mereka sebelum ini berusaha mendapatkan
harta pusaka berkenaan pada 2016 dengan bantuan peguam, namun tidak dapat
diteruskan kerana dipercayai dihalang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Kami mendapati satu salinan sijil kematian Allahyarham
dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dari Jabatan Pendaftaran Negara
tanpa perintah mahkamah dan persetujuan pentadbir dan waris.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Akibatnya, kes ini berlanjutan buat sekian lama tanpa
sebarang penyelesaian kerana terdapat halangan dan gangguan daripada pihak
tidak bertanggungjawab yang telah memasukkan kaveat,” katanya pada sidang media
di sini, semalam.
Beliau berkata peguam mereka telah mengeluarkan surat kepada
Pejabat Tanah untuk mendapatkan pengesahan berkaitan aset-aset Allahyarham,
namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas.
“Kami mohon suara kami didengari supaya hak kami sebagai
waris diberikan dan prosedur pindah milik harta ini dapat dijalankan dengan
segera memandangkan sudah berlanjutan daripada generasi kedua hingga sekarang
(generasi kelapan),” katanya.
Mohd Zaini berkata Allahyarham mempunyai 4,000 waris hasil
perkahwinan dengan empat isteri dan 
mempunyai 10 anak.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

Mengikut sejarah, Datuk Mohamed Salleh Perang merupakan
insan penting dalam kemodenan Johor kerana berperanan merancang pembangunan
negeri berkenaan sewaktu Sultan Abu Bakar Almarhum Tun Temenggong Raja Daing
Ibrahim memerintah.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya dari 1856 hingga 1912,
Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai jurutulis di pejabat kerajaan dan
pesuruhjaya polis negeri selain turut terlibat dalam menyelesaikan isu
persempadanan Johor-Pahang, membantu membuka bandar Mersing, Bandar Maharani di
Muar dan Batu Pahat serta mengetuai penyelesaian perang Jementah.
Pada 1886, Allahyarham menerima Anugerah Bintang Seri Paduka
Mahkota Johor dengan gelaran Dato’ Bentara Luar. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel