Connect with us

Berita Lain

Anwar tidak pasti PAS bercakap benar


KUALA LUMPUR — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyifatkan tindakan PAS berjanji untuk menyokong Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad, jika berlaku undi tidak percaya sebagai usaha untuk mewujudkan
ketidaksepakatan dalam Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata itu adalah tindakan terakhir yang boleh
dilakukan parti berkenaan, selepas mereka gagal dengan teruk dalam pilihan raya
umum yang lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Yang menariknya, perkara ini datang daripada PAS. Kita
tidak pasti mereka bercakap benar atau tidak”, katanya kepada pemberita selepas
hadir pada Persidangan Antarabangsa Thirukkural di Universiti Malaya (UM) di
sini hari ini.
Anwar berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin
Pakatan Harapan yang lain beberapa hari lalu, dan tidak ada di kalangan mereka
yang pernah mendengar mengenai sebarang cadangan undi tidak percaya terhadap Dr
Mahathir seperti yang didakwa PAS itu.
“Beberapa hari lalu dan hari ini juga, saya ada berjumpa Lim
Guan Eng, Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak ada daripada kami
yang pernah mendengar perkara ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Isu mengenai undi tidak percaya timbul apabila Setiausaha
Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa terdapat dua parti dalam PH, mungkin
merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula hari ini
dilaporkan berkata akan mengotakan janji menyokong Dr Mahathir, jika berlaku
undi tidak percaya demi meneruskan kepimpinan Islam dalam kerajaan.
Sementara itu ditanya mengenai sama ada cadangan meletakkan
semula Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau Dr S. Streram sebagai calon Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau adalah langkah yang tepat, Anwar
berkata beliau sedia mendengar semua cadangan berhubung perkara itu.
“Kami minta beri pandangan (dalam perkara ini)…biasanya
dalam setiap PRK (akan) ada cadangan nama. Kami (akan) lihat dan timbang…sama
ada sesuai atau tidak,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel