Connect with us

Berita Lain

Bersatu belum buat keputusan lebar sayap ke Sabah, kata PM


GEORGE TOWN — Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) belum membuat keputusan untuk melebarkan sayap ke Sabah, kata
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Perdana Menteri, perkara itu perlu dibincangkan di
peringkat pimpinan tertinggi terlebih dahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita buat keputusan dalam mesyuarat. Kita adakan mesyuarat
Majlis Pimpinan Tertinggi dulu (sebelum membuat apa-apa keputusan melebarkan
sayap ke Sabah),” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman,
Datuk Hajiji Noor bahawa Bersatu akan melebarkan sayapnya ke Sabah tidak lama
lagi,
Susulan itu, Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan
Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan berkata perkara
tersebut diharapkan tidak berlaku memandangkan Warisan dan Bersatu sudah
mencapai kesepakatan tentang hal berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau belum
mendapat maklumat penuh mengenai isu sijil akademik Timbalan Menteri Luar yang
juga Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya.
“Kami belum mendapat maklumat apa yang sebenarnya berlaku,”
katanya yang ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Perhimpunan
Perdana Perpaduan 2019 bersempena sambutan Hari Perpaduan Negeri Pulau Pinang
dan Ulang Tahun Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang ke-15 di Dewan
Sri Pinang di sini.
Pada 4 Februari lepas, aktivis politik Muhsin Abdul Latheef
membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Zulfahan Pagon yang
mendakwa program pengajian jarak jauh 
bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diikuti oleh Marzuki tidak wujud
di Universiti Cambridge.
Mengulas perkara itu, Marzuki dilaporkan berkata bersedia
mengemukakan bukti pernah mengikuti pengajian dalam bidang tersebut di
universiti berkenaan.
Bagaimanapun kelmarin, beberapa portal berita melaporkan
Marzuki sebagai berkata beliau memperoleh ijazah itu daripada Cambridge
International University di Amerika Syarikat, bukan Universiti Cambridge di
England.
Sementara itu, kesemua 13 bahagian Bersatu di Pulau Pinang
diketuai Setiausaha Bersatu negeri Azahari Aris menyatakan sokongan terhadap kepimpinan
Marzuki sebagai Pengerusi Bersatu Pulau Pinang dan Setiausaha Agung parti. —
Bernama

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel