Connect with us

Berita Lain

Hanya seorang pesalah juvana yang masih ditahan bawah POCA – TPM



KUALA LUMPUR: Hanya seorang individu bawah umur yang masih ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana terbabit dengan kegiatan jenayah kekerasan iaitu rompakan bersenjata.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pesalah juvana itu sedang menjalani tahanan dua tahun di tempat tahanan berasingan daripada tahanan dewasa di Pusat Pemulihan Khas Kluang, Johor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau mengulas gesaan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) supaya kerajaan membebaskan 142 kanak-kanak dan juvana yang ditahan di bawah POCA, kerana akta itu banyak memberi kesan trauma kepada golongan muda itu.
“Saya berasa terkejut dengan pendedahan itu, jadi saya segera memanggil menteri dan (pegawai) kementerian yang bertanggungjawab… polis (PDRM) memaklumkan kepada kami sebenarnya tinggal hanya seorang sahaja di bawah POCA sehingga 30 Januari,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau mengagihkan limau mandarin kepada penduduk setempat di Pasar Taman Muda dan Pasar Pagi Pandan Perdana.
Ketika ditanya sama ada mereka di bawah umur yang ditahan di bawah akta itu wajar dibebaskan, Dr Wan Azizah berkata perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu, bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pihak polis dan kementerian yang berkaitan.
Mengikut statistik Kementerian Dalam Negeri, seramai 27 orang tahanan bawah umur masih lagi menjalani perintah sekatan (pengawasan polis di luar penjara) selama dua tahun berikutan terbabit dengan kongsi gelap, rompakan berkumpulan, curi motosikal, samun dan lain-lain kesalahan.
Mengenai peranti pemantauan elektronik (EMD) yang dipasang pada kaki tahanan bawah umur, beliau berkata hanya mereka yang diluluskan dan ditapis oleh Lembaga Pencegahan Jenayah kerana terbabit dalam jenayah berat dipasang peranti itu.
Dr Wan Azizah, bagaimanapun, tidak menyatakan jumlah tahanan bawah umur yang dipasang EMD, namun perbincangan akan dijalankan bersama Menteri Dalam Negeri untuk mengkaji lebih mendalam sistem penahanan pesalah kanak-kanak dan juvana.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Walaupun pesalah bawah umur tidak ditahan bersama tahanan dewasa, namun kita mungkin boleh lihat kembali untuk pastikan mereka tidak disamakan dan disatukan langsung dalam satu persekitaran bersama mereka yang disabitkan kesalahan, orang yang kena tahan dan orang yang kena tuduh,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah sebarang perbincangan dibuat mengenai bakal calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, beliau menjawab, “Belum lagi… kita hanya bincang cara umum.” – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel