Connect with us

Berita Lain

Isu ‘land swap’, laporan kes sudah dibuat kementerian – Mat Sabu



KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk membuat laporan polis setakat ini berhubung kes ketirisan hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek ‘land swap’ kementerian ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.


Beliau berkata, kes berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Ya, kementerian saya telah membuat laporan kes itu pada minggu lepas dan terserah kepada kebijaksanaan SPRM untuk mengendali dan menyiasat kes ini.“Oleh yang demikian, kes berkenaan tidak ada kaitan dengan polis setakat ini dan biar SPRM siasat terlebih dahulu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2019 Kementerian Pertahanan, di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini hari ini.


Pada Khamis lepas, satu laporan dibuat SPRM berkenaan isu ‘land swap’ atau pertukaran tanah milik kementerian berkenaan membabitkan projek pembinaan Kem Paloh, Johor dan Kem Hutan Melintang, Perak.


Laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM Putrajaya, susulan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang, terhadap 16 isu ‘land swap’ membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mohd Nasaie yang membuat laporan itu berkata kedua-dua projek itu dijalankan oleh pihak swasta hasil pertukaran tanah tapak Kem Kinrara di Selangor dan Kem Rasah di Negeri Sembilan
Pada 19 Februari lepas, Mohamad dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima laporan akhir siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang ke atas beberapa projek kementerian termasuk ‘land swap’.


Laporan siasatan itu juga dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 13 Februari lepas.


Menurutnya, hasil siasatan jawatankuasa itu yang telah dibentangkan pada 28 Januari lepas mendapati terdapat 16 projek ‘land swap’ melibatkan 1,286 hektar (2,923 ekar) tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.756 bilion dan melibatkan kos projek RM4.886 bilion.


Terdahulu, Mohamad menyampaikan sijil kepada 459 penerima APC dan pingat PPT yang terdiri daripada penjawat awam di Wisma Pertahanan dan unit-unit tentera, warga ATM serta pesara awam terpilih manakala selebihnya dilaksanakan bahagian dan jabatan masing-masing.


Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Halimi Abd Manaf dan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel