Connect with us

Berita Lain

Kantin hospital ditutup dua minggu, foto tikus tersebar di media sosial


JOHOR BARU — Kantin Hospital Sultan Ismail (HSI) di
sini ditutup dua minggu bermula kelmarin selepas pemeriksaan Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD) Johor Bahru mendapati pengusaha premis itu gagal mematuhi beberapa
piawaian mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Pengarah kesihatan negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz
berkata pemeriksaan oleh PKD Johor Baru ke atas kantin itu dilakukan susulan
aduan gambar tular memaparkan seekor tikus di sebuah kantin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Arahan penutupan kantin (HSI) telah dikeluarkan bagi
membolehkan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh dijalankan dan hanya akan
dibenarkan dibuka semula apabila tahap kebersihan dapat dicapai dengan sempurna
dan mematuhi syarat-syarat ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini
semalam.
Dr Selahuddeen berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)
dan HSI mengambil berat isu-isu berkaitan kebersihan serta keselamatan makanan
dan pengguna boleh menghubungi JKNJ atau PKD terdekat jika mempunyai aduan
berkaitan kebersihan serta keselamatan makanan.
Beliau berkata JKNJ dan HSI akan sentiasa memantau dan
memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan kerosakan serta kawalan makhluk
perosak dijalankan oleh pihak konsesi dan aktiviti pembersihan juga dilakukan
oleh pengusaha kantin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“JKNJ Johor juga ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja
kawalan serangga dan haiwan perosak adalah merupakan satu daripada skop kerja
penyelenggaraan ‘planned preventive maintenance’ (PPM) dalam program
penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH).
“Syarikat konsesi yang dilantik akan menjalankan kawalan
tikus melalui aktiviti pemeriksaan rutin dan PPM mengikut frekuensi yang telah
ditetapkan iaitu pada setiap hari dan setiap bulan dengan menggunakan pelbagai
kaedah atau mekanisme seperti penggunaan umpan dan perangkap serta menutup
laluan tikus dan penghapusan tempat pembiakannya,” katanya.
Selain itu, beliau berkata operator kantin juga mesti
menjaga kebersihan di kantin dan menjalankan aktiviti kawalan serangga serta
haiwan perosak kerana pelaksanaan tersebut merupakan antara skop kontrak serta
tanggungjawab operator kantin dengan pihak hospital. — Bernama

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel