Connect with us

Berita Lain

KP Jabatan Laut: Kapal M’sia dalam perairan negara bukan Singapura


Kejadian sebuah kapal Malaysia, Polaris bergesel dengan kapal pengangkut pukal Piraeus berdaftar di Greece tengah hari ini berlaku di perairan Malaysia dan bukan Singapura, kata Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia Baharin Abdul Hamid.

Menjelaskan satu laporan berita mengenai insiden itu yang berlaku pada jam 1428, beliau berkata Polaris bertugas memantau keselamatan kapal-kapal yang belayar di perairan sekitar pelabuhan Johor Bahru.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kejadian dalam kawasan perairan Pelabuhan Johor Bahru. Jadi tidak timbul soal mencerobohi perairan Singapura. Kami tugaskan Polaris untuk memantau keselamatan pelayaran dalam kawasan itu. Itu adalah pelabuhan kita (sebagai mewajarkan kehadiran Polaris),” katanya kepada Bernama.
Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura dalam satu kenyataan malam ini mendakwa insiden itu berlaku di perairan wilayah Singapura dalam Garisan Sempadan Singapura berhampiran Tuas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Republik itu juga menyatakan kekhuatiran bahawa kehadiran kapal-kapal yang tidak mendapat kebenaran di kawasan pelabuhan Singapura boleh mencetuskan kekeliruan kepada komuniti perkapalan antarabangsa dan mengancam keselamatan pelayaran di perairan mereka.

Ditanya mengenai nasib Polaris dan krunya, Baharin berkata kesemua 23 kru dalam kapal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kapal pun tak ada kerosakan serius, tak ada bocor yang boleh menyebabkan air masuk. Insiden itu juga tidak menyebabkan ancaman pencemaran,” katanya.
Ketika ini, katanya, pasukan penyiasat telah dibentuk dan telah memulakan siasatan ke atas kedua-dua kapal.
“Mereka sudahpun berada di atas kedua-dua kapal, kita akan meninjau kapal-kapal itu untuk kita tentukan kerosakan sebenar yang ada. Sebaik kita dah nilai, baru kita ambil tindakan berikutnya,” tambah beliau.
Baharin berkata Polaris, sebuah kapal penyelenggara alat bantuan pelayaran pelbagai fungsi milik Jabatan Laut, kekal berada di lokasi, sementara Piraeus telah belayar ke jeti Tanjung Bin menunggu surat izin belayar dari jabatan berkenaan.
Bernama
Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel