Connect with us

Berita Lain

Mahathir hanya minat sebutir pingat bergelar KSM

Baru-baru ini Mahathir Mohamad dilapor berkata beliau hanya
berminat untuk terus bekerja sehingga akhir hayat.
Kata beliau pada usianya sekarang “nak buat kerja sampai
mati, bintang-bintang (kebesaran) lain tak elok (bagi saya). Yang elok ialah
KSM”.
KSM ialah singkatan Kerja Sampai Mati.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Media yang melaporkan ucapannya itu menyifatkan Mahathir
berseloroh ketika bercakap mengenai KSM walaupun Mahathir terkenal sebagai
seorang pemimpin yang suka bekerja. Kerja kuat. Ini diakui kawan dan lawan.
Pun begitu ramai yang terangsang akan ungkapan KSM itu.
Antaranya menteri besar Johor Osman Sapian.
Osman melihat apa yang disampaikan Mahathir “memberi makna
cukup mendalam”.
Lantas beliau “meminjam” istilah KSM , mengolah dan mengajak
penjawat awam di Johor mengguna pakai ungkapan KSM.



Advertisement

Bagi beliau KSM bermakna Kerja Seperti Mahathir. Kata beliau
penjawat awam elok mencontohi dedikasi perdana menteri dalam berkhidmat kepada
negara.
Untuk berlaku adil perlu ditegaskan, apa yang Osman
katakanan itu bukan arahan. Sekadar cadangan. Mungkin saranan dan nasihat.
Walau apa pun, ia mengundang reaksi.
Sebagai contoh reaksi Mohd Azlan Zainal, ketua pegawai
eksekutif Ilham Centre, badan yang kerap membuat kajian dan analisis khususnya
mengenai politik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lalu Azlan membuat posting di Facebook seperti berikut:
“Kepimpinan melalui teladan pun cukup daripada ‘Kerja
Seperti Mahathir’.
“Untuk motivasi mungkin boleh, tagline kepada penjawat awam
agak kurang sesuai. Kagum tiada salah tapi jangan sampai nampak mengampu.”

Setuju atau tidak itu pandangan beliau. Saya tinggal kisah
itu di situ.
Sebagai penutup saya imbas satu “kisah” yang diceritakan
kepada saya oleh seorang kawan lama satu ketika dulu.
Kawan saya itu pernah berkhidmat bersama allahyarham Megat
Junid Megat Ayub yang ketika itu memegang jawatan timbalan menteri dalam
negeri.

Kata kawan saya sebagai orang yang ada kuasa besar,
allahyarham Megat Junid dikelilingi macam-macam orang, sama ada penyokong parti
mahupun pegawai kerajaan.
Dan ramai juga antara mereka yang gemar “ambil hati pak
timbalan menteri dan buat dia happy”, kata kawan saya itu. Yang dimaksudkan
kawan saya ialah orang yang kerap mengampu.

Setiap kali allahyarham Megat Junid membuat cadangan,
menurut kawan saya, dengan pantas si pengampu menyambut dengan berkata “setuju
Datuk”.
Allahyarham Megat Junid, kata kawan saya lagi, cukup sedar
apa yang dilakukan orang orang ini. Dan Allahyarham yang tidak senang dengan
itu semua sentiasa menunggu peluang untuk mendedahkan gelagat demikian.
Peluang itu akhirnya muncul pada satu mesyuarat yang
dipengerusikan oleh allahyarham Megat Junid.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kata kawan saya, pada mesyuarat itu allahyarham Megat
kemukakan satu cadangan. Baru allahyarham cakap saya cadang, seorang pegawai
yang memang kaki ampu terus saja sambut, “Saya setuju Tok”.
Allahyarham Megat dengan pantas jerkah dan tanya si pengampu
– apa yang kamu setuju? Saya belum habis cakap pun. Kamu tak tahu apa yang saya
nak cadang terus setuju?
Si pengampu tergamam.Tapi dia tetap tenang dengan berkata:
“Semua cadangan Datuk sebelum ini memang cukup bagus. Tidak
perlu dipertikai. Datuk belum hurai pun saya dah tahu ia mesti bernas. Itu
sebab saya terus sokong dan setuju.”
*MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis
mengenai itu dan ini, di sana dan di sini. 
Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan
pendirian rasmi kami di Malaysian Update.



Sumber Artikel: Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel