Connect with us

Berita Lain

Majlis Tindakan Ekonomi ditubuhkan bukan kerana PM tidak puas hati…



SEPANG – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi disebabkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan prestasi menteri-menteri Kabinet.


Beliau berkata, penubuhan majlis itu, yang terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing serta reputasi yang baik dalam masyarakat, diperlukan untuk memberi input yang berguna kepada kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Sudah tentu, input mereka amat penting untuk kita perhalusi dan kita akan membuat keputusan secara bersama kerana tindakan yang akan diambil itu akan memberi kesan positif kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmatan sewa khas untuk Haji dan Umrah, Amal oleh Malaysia Airlines di sini hari ini.


Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menulis dalam blog beliau, The Scribe, bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi oleh Dr Mahathir mempunyai maksud tersirat apabila Perdana Menteri merasakan Kabinet tidak memadai untuk menangani isu-isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat.


Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan penubuhan majlis itu yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.


Matlamat utama majlis yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Antara tokoh yang menganggotai majlis itu ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan tokoh perbankan, Tan Sri Tay Ah Lek.


Mohamed Azmin, yang turut menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi itu berkata : “Kita dalam Pakatan Harapan bergerak dan bertindak secara kolektif dan keputusan Jemaah Menteri juga dibuat secara kolektif, sebab itu dibuat majlis ini.”
Beliau berkata, majlis itu bersifat ‘action oriented’ dan fokus utamanya menangani masalah sara hidup rakyat yang semakin meningkat.


“Kita mempunyai polisi jangka sederhana dan panjang tetapi yang lebih penting adalah pelaksanaannya yang dapat menghasilkan kesan yang positif.


”Majlis ini akan melihat apakah pendekatan-pendekatan segera dan jangka sederhana untuk menangani masalah ini,” katanya.


Mohamed Azmin berkata, mesyuarat pertama majlis itu akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan isu-isu yang dibincang adalah isu yang mendesak untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.


Mengenai hasrat AirAsia untuk membina sendiri lapangan terbang untuk syarikat itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan perlu meneliti secara mendalam mengenai perkara itu terutamanya dari segi permintaan daripada industri yang juga melibatkan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa lain. 


– Bernama

Advertisement

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel