Connect with us

Berita Lain

Najib didakwa semula untuk tiga pertuduhan ubah wang haram


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa
semula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melibatkan diri
dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta lima tahun lalu.
Bagaimanapun, Najib, 66, yang memasuki mahkamah pukul 9.40
pagi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan
Hakim Azman Ahmad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengikut pertuduhan, Ahli Parlimen Pekan itu telah
melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhan
berjumlah RM47 juta yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam tiga akaun
miliknya, lapor Kosmo Online hari ini.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di di AmIslamic Bank
Berhad Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan di sini pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a)
Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan
2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan
hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun.
Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, memaklumkan, pihaknya
sudah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi dan
memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad
Shafee Abdullah memohon mahkamah tidak mengenakan wang jaminan dengan alasan
Mahkamah Tinggi dan pihak pendakwaan sebelum ini tidak menetapkan sebarang ikat
jamin.
“Setakat ini Najib sudah membayar wang jaminan lebih RM6
juta dan sekiranya pihak pendakwaan ingin mengenakan ikat jamin perkara itu
harus dibawa ke Mahkamah Tinggi,” katanya.
Muhammad Shafee turut memberitahu mahkamah pihaknya akan
menimbulkan bantahan terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap
anak guamnya kerana terdapat kecacatan yang ketara.
Pihak pendakwaan kemudian bersetuju menawarkan bon jaminan
peribadi tanpa cagaran.
Mahkamah kemudian membenarkan Najib dikenakan bon jaminan
peribadi tanpa penjamin dan menetapkan 8 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel