Connect with us

Berita Lain

Pensyarah: Majlis Tindakan Ekonomi bantu kerajaan tunai manifesto


KUALA LUMPUR — Kalangan ahli akademik menyambut baik
penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang diumumkan semalam dan
dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta dibarisi 16
individu berpengaruh.
Sambil mengalu-alukan penubuhan EAC itu, mereka turut
menyifatkan penubuhan majlis itu tepat pada masanya selain dapat menangani
pelbagai isu membabitkan kesejahteraan rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti
Malaysia Sarawak, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata EAC terbukti
dianggotai mereka yang memiliki pelbagai latar belakang dan pengalaman
berbanding Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).
“Kebanyakan mereka adalah individu berjaya yang mempunyai
rekod prestasi masing-masing dan komposisi (EAC) turut disertai sebilangan
besar yang bukannya ahli politik.
“Adalah diharapkan mereka ini dapat membantu kerajaan
menunaikan janji manisfesto yang sememangnya menjadi perkara diutamakan rakyat
pada masa ini,” katanya kepada Bernama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Malah, Shazali turut menyifatkan barisan ahli EAC itu mampu
menyuntik keyakinan rakyat bahawa isu yang membabitkan kepentingan orang ramai
akan diberi keutamaan serta ditangani.
“Adalah diharapkan idea baharu bagi menangani isu
kesejahteraan rakyat itu dapat diketengahkan oleh anggota majlis tersebut dan
satu platform dapat diwujudkan untuk mendapatkan cadangan serta maklum balas
orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan
Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng menganggap EAC itu sebagai versi kecil
Majlis Tindakan Ekonomi Negara serta CEP yang diperluaskan.
“Sudah tiba masanya untuk mewujudkan sebuah majlis yang
dapat menghasilkan hala tuju ekonomi, dasar dan strategi baharu di bawah
kerajaan yang berusia sembilan bulan ini.
“Lebih penting lagi, ini akan membawa kepada pembentukan
satu pelan tindakan yang dapat dilaksanakan secara meluas sepertimana dilakukan
oleh Majlis Tindakan Enonomi Negara sebelum ini,” katanya. — Bernama

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel