Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kepimpinan gabungan itu akan mengatur strategi bagi mencapai maksud itu.
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



”Walaupun kerusi ini secara tradisinya diwakili Keadilan (PKR) namun kita sentiasa mengambil sikap muafakat dalam Pakatan Harapan untuk memastikan calon itu adalah calon Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah isu semasa di Kampung Rinching Hilir di sini malam tadi.
Ia sebahagian daripada kempen PH untuk memastikan kemenangan calonnya, Muhammad Aiman Zainali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih pada 2 Mac.
Turut hadir Timbalan Presiden PH merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum semalam menolak rayuan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau di kerusi DUN Rantau sebagai tidak sah dan terbatal.
Ini sekali gus membuka laluan bagi PRK DUN Rantau.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mohamad memenangi kerusi itu tanpa bertanding selepas pencalonan wakil PKR Dr. S. Streram ditolak. – Bernama