Connect with us

Berita Lain

PM tak terlalu gembira prestasi kabinet PH, kata Kadir Jasin


Langkah Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan
Majlis Tindakan Ekonomi mempunyai matlamat tersurat dan tersirat.
Yang tersurat adalah Dr Mahathir memerlukan sebuah badan
khas bagi meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal-hal penting dan segera
mengenai ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat jelata.
Yang tersirat adalah perdana menteri secara langsung
mengakui bahawa jentera yang sedia ada, khususnya kabinet, tidak memadai bagi
menangani isu-isu yang disebutkan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kita tidak perlulah berpura-pura kerana hendak menjaga hati
sesiapa atau mana-mana pihak.
Realitinya adalah selepas lebih lapan bulan mentadbir
negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum berjaya menampakkan hasil yang
boleh dirasakan oleh rakyat jelata.
Serentak dengan itu, ekonomi dan kewangan negara terus
dicabar oleh legasi kerosakan yang ditinggalkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)
dan kini ditambah pula oleh suasana ekonomi antarabangsa yang semakin meruncing
akibat perang dagang China-Amerika.

Mengikut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri yang
dikeluarkan semalam, majlis yang dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri
itu mempunyai empat tujuan utama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pertama, merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi.
Kedua, memastikan pertumbuhan yang mampan dan lestari. Ketiga, menjamin
pengagihan kekayaan yang saksama dan keempat, meningkatkan kesejahteraan
rakyat.

“Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak atas
maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam
bidang ekonomi.
“Ia juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup,
guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah,” kata kenyataan JPM itu.
Kita tidak perlu berdolak-dalik bahawa semakin ramai rakyat
jelata mula kecewa dengan prestasi kerajaan PH, termasuk dengan anggota kabinet
dan perkhidmatan awam.


Saya rasa ramai orang tahu bahawa perdana menteri sendiri
tidaklah terlalu gembira atau puas hati dengan prestasi anggota kabinet.
Boleh kata setiap kali beliau bersemuka dengan orang ramai
dan wartawan beliau ditanya berkenaan ketidakcekapan menteri, menteri yang amat
jarang melawat rakyat jelata, menteri yang asyik berswafoto (selfie) dengan
pegawai-pegawai sendiri, menteri yang susah ditemui dan menteri yang tidak
bercakap benar mengenai hal-hal peribadi.
Saya melihat dengan mata kepala sendiri menteri yang
disambut macam raja oleh pegawai sendiri dan dikawal amat rapi oleh polis
apabila turun padang sehingga susah untuk rakyat jelata menghampiri mereka.
Kalau setakat hendak disambut dan makan bersama pegawai
kanan dari ibu pejabat tak payahlah susah-susah ke luar bandar atau ke
rancangan Felda.
Apabila ke luar bandar, ke rancangan Felda, Felcra atau
kampung nelayan duduklah dengan orang kampung, peneroka, pekebun kecil, nelayan
dan peniaga.
Kurangkanlah atau berhenti berswafoto dengan kakitangan
sendiri dan membuat tampalan Facebook, Twitter atau Instagram yang remeh-temeh.
Kalau boleh atau kalau berani, tolong kawal anak bini supaya
tidak hebahkan gambar dan cerita kemewahan melancong ke pergunungan Alps,
menaiki jet peribadi atau terbang kelas pertama ke Monte Carlo.
Tolong beringat bahawa media sosial yang membantu kemenangan
PH akan menjatuhkan PH kalau menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan
menteri buat kerja tidak senonoh, tidak cekap dan tidak mesra rakyat.
Amat tidak bertanggungjawab dan amat dangkal mengharapkan
perdana menteri menyelesai dan membersihkan semua “najis” yang dibuat oleh
menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri.
Baliklah selalu ke kawasan atau ke negeri dan kurangkanlah
sikit tabiat tidak berada di kawasan supaya tidaklah dituduh malas atau curi
tulang.
Ingatlah, dengan adanya media sosial rakyat jelata menjadi
‘pemberita’.
Berikut adalah senarai anggota Majlis Tindakan Ekonomi:
Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi)
Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Lim Guan Eng – Menteri Kewangan
Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri
Baru Bian – Menteri Kerja Raya
Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri
Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad
Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat
Kerajaan (CEP)
Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank
Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa
Malaysia
Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business
Advisory Council, Malaysia
Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan
Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam
Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut Masa
Depan Malaysia (MASA).

Menurut kenyataan JPM, pelantikan itu berkuat kuasa
serta-merta manakala Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri
akan bertindak sebagai sekretariat.
Dari kaca mata rakyat jelata, ujian sama ada kerajaan PH
lulus atau gagal mudah sahaja – keselamatan, kos sara hidup dan pekerjaan.
Maaf cakaplah kalau saya kata, tak guna kita bercakap
mengenai hal-hal yang tinggi melangit kalau perkara-perkara asas seperti harga
dan bekalan makanan, pengangguran, pengangkutan, pelajaran, kesihatan dan
perumahan rakyat jelata tidak ditangani dengan lebih baik daripada ketika
kerajaan dahulu.
Rakyat jelata sudah merasa perubahan kerajaan. Mereka akan
mengubah kerajaan jika harapan mereka tidak dipenuhi.
A KADIR JASIN merupakan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits
Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam Bersatu sebagai pimpinan pusat
parti itu. 

Tulisan yang telah dimuat naik di blog beliau ini adalah merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi
kami di Malaysian Update.

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel