Connect with us

Berita Lain

PRK Semenyih : Muhyiddin anggap ia satu cabaran getir PH

   Foto oleh Bernama


SEMENYIH – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PRK DUN Semenyih sebagai satu cabaran getir yang memerlukan kerja keras untuk memastikan kemenangan PH yang dianggotai Bersatu.


Beliau menegaskan apa yang penting ialah jentera pilihan raya parti mesti bersatu dan bergerak sebagai satu pasukan yang mantap.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kerana ini bukan satu pilihan raya yang mudah. Kita akan bersikap it’s a big task, an uphill battle,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dan Bersatu di sini hari ini menjelang PRK itu yang dijadualkan berlangsung 2 Mac ini.


Berdasarkan pengalamannya menerajui pelbagai pilihan raya sebelum ini, Muhyiddin berkata tidak ada satupun yang dianggapnya mudah untuk dimenangi.


“Kita perlu mengambil sikap kita perlu kerja keras. Kalau kita rasa boleh menang, tak cukup dengan harapan boleh menang sahaja kerana kita perlu kerja keras (untuk memastikan kemenangan),” kata beliau.


PH sebelum ini dilapor akan meletakkan calon daripada Bersatu untuk bertanding PRK Semenyih yang diadakan susulan kematian wakil rakyat daripada PH, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Muhyiddin berkata nama calon berkenaan akan diumumkan pada 14 Februari ini.


Menjawab pertanyaan pemberita, beliau berkata gesaan supaya PH meletakkan anak tempatan pada PRK itu akan diambil kira dalam menentukan calon selain aspek lain seperti berkelayakan, berkemampuan dan berbudi bahasa.


Beliau seterusnya berkata PH akan mengambil peluang pada kempen PRK itu untuk menjelaskan pelbagai isu termasuk dakwaan kononnya gabungan itu tidak mempertahankan kepentingan Melayu.


Muhyiddin berkata Bersatu dan PH juga tidak akan mengambil mudah kerjasama Umno-Pas seperti yang dilihat pada PRK Parlimen Cameron Highlands lalu.


– Bernama

Advertisement

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel