Connect with us

Berita Lain

Rais: Masuk politik tak semestinya perlu ijazah

Dr Rais Yatim – Foto oleh Bernama

Jangan menilai pemimpin berdasarkan kelayakan akademik
kerana politik bukanlah suatu bidang yang boleh diajar dan ‘disekolahkan’
sepenuhnya, kata Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim.
Jelasnya bagaimanapun seseorang pemimpin perlu mempunyai
asas-asas kukuh dalam pendidikan iaitu mempunyai kelayakan akademik meskipun
sekadar mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bidang politik ini timbul daripada peribadi seseorang itu
yang mempunyai kebolehan memimpin, suka membantu serta berinteraksi dengan
manusia.
“Untuk masuk politik kita cuma perlu ada asas kelayakan, SPM
pun sudah memadai. Tidak semestinya perlu ada ijazah…kalau ada itu sudah
cukup bagus tetapi masyarakat kini suka membuat penilaian sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kila lihat sendiri contoh Tun Ghafar Baba…beliau
hanya mempunyai kelayakan akademik SPM sahaja tetapi pernah dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri, jadi tiada isu mengenai penglibatan politik perlu ada
kelayakan akademik yang tinggi,” katanya kepada Bernama selepas program Jelajah
Perjuangan Bersatu Bahagian Tampin di Gemas, hari ini.
Rais berkata demikian mengulas mengenai isu beberapa
pemimpin Pakatan Harapan termasuk seorang timbalan menteri yang didakwa menipu
latar belakang akademik baru-baru ini.
Tambahnya meskipun begitu, tindakan menipu sijil kelayakan
adalah sesuatu yang tidak seharusnya dibuat oleh mana-mana individu.
Mengenai program hari ini, Rais berkata program jelajah ini
bertujuan untuk menerangkan kejituan perjuangan Bersatu yang sering dikritik
sekali gus untuk mendapatkan pandangan orang awam.
“Dengan jelajah ini kami dapat mendekatkan diri lebih
dekat dengan rakyat serta memperkenalkan asas-asas perjuangan supaya tidak sama
dengan Umno.
“Kami tidak jadikan duit sebagai punca suapan atau
input pada perjuangan kami sebab itu kami lakukan penerangan mudah ini kepada
orang awam agar mereka sedar mengenai hal ini. Jelajah ini seterusnya akan ke
Rasah atau Rembau dalam masa terdekat ini,” katanya.
-Bernama

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel