Connect with us

Berita Lain

Surirumah luah rasa kecewa kepada menteri selepas 15 kali permohonan pinjaman beli rumah ditolak

Luahan seorang suri rumah yang menerjah sidang media
pelancaran Skim FundMyHome-DepositKu semalam mendapat perhatian Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Hafiza Abdul Rahman, 34, semasa meluahkan kesedihannya
berkata, beliau sudah 15 kali memohon bagi mendapatkan pinjaman perumahan sejak
10 tahun lepas, namun tidak pernah mendapat kelulusan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selepas sidang media, ibu kepada empat orang anak itu
dilihat sekali lagi bertemu dan meluahkan kesedihannya kepada Zuraida serta
beberapa kali memeluk menteri itu sambil mengalirkan air mata.
“Antara alasan yang diberikan oleh pihak bank adalah kami
tidak pernah membuat sebarang pinjaman. Rumah yang kami hendak beli bawah harga
RM100,000 dan kami boleh membayar deposit hingga RM20,000.
“Apa salah saya dan suami. Kami hanyalah rakyat biasa yang
ingin mempunyai rumah sendiri. Tetapi selama ini kami hanya mampu menyewa,”
katanya ketika ditemui pemberita.
Sehubungan itu Hafiza merasakan hak mereka sekeluarga yang
merupakan golongan B40 dengan pendapatan suaminya hanya RM3,000 sebulan
dinafikan.
Beliau juga menyatakan penghargaannya kepada kerajaan
Pakatan Harapan (PH) yang memperkenalkan FundMyHome dan skim
FundMyHome-DepositKu yang mana beliau akan memohon skim itu dalam masa
terdekat.
Terdahulu Zuraida berkata skim FundMyHome-DepositKu
merupakan penyelesaian kepada pembeli yang telah mendaftar di bawah skim
FundMyHome yang tidak mampu menyediakan bayaran 20 peratus daripada harga
rumah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Di bawah skim FundMyHome, pembeli yang berpendapatan rendah
dan tidak layak mendapat pinjaman perumahan tradisional daripada bank, hanya
perlu membayar 20 peratus dari harga rumah dan tidak perlu membayar apa-apa
selama lima tahun.
“Skim FundMyHome-DepositKu pula membolehkan pembeli
mendapatkan pinjaman sehingga RM30,000 untuk membayar bayaran 20 peratus itu.
Pinjaman berkenaan akan dibayar balik sepenuhnya pada akhir tahun kelima
menduduki rumah,” katanya.
Jelasnya sepanjang tempoh lima tahun tanpa bayaran semula
itu, pembeli dapat menabung sekaligus mengukuhkan kewangan mereka.
Pada majlis semalam Zuraida turut menyerahkan replika kunci
kepada 19 pembeli rumah di bawah skim FundMyHome di Semenyih.
Lebih 350 unit rumah di Pangsapuri Harmoni dibina menerusi
skim FundMyHome.
Skim FundMyHome dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad pada November tahun lalu bagi membantu pembeli rumah kali
pertama. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel