Connect with us

Berita Lain

Dr M: Seni, budaya cerminan ketamadunan negara


Sesebuah negara bertamadun dibentuk oleh seni dan budaya
yang berkembang mekar, dengan sumbangan hebat dan berinovasi, yang
membangkitkan kualiti terbaik dalam diri manusia, kata Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata seiring dengan ini, pembangunan
sosial ekonomi dan politik turut berkembang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malaysia mewarisi budaya, adat istiadat dan tradisi
yang melimpah-limpah semasa penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum,
kebudayaan dan agama.
“Gandingan unik ini banyak menyumbang kearah kemajuan dan
pembangunan sesebuah negara,” katanya menerusi rakaman video khas yang
disiarkan di majlis makan malam sempena mengalu-alukan Sidang Kemuncak ke-lapan
Dunia Seni dan Budaya di Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir berkata, ketika ini semasa revolusi teknologi menjengah
ke dalam sektor yang berkembang pantas dalam ekonomi dunia, ia juga menyumbang
ke arah pertumbuhan kekayaan yang teramat pantas.
Katanya lagi, Malaysia menjelma dari sebuah negara pertanian
menjadi negara perindustrian dan kepantasannya meningkat, dan begitu juga
dengan materialisme.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tetapi Malaysia tidak mahu kehilangan identitinya…
Identiti yang dibentuk menerusi kepelbagaian kebudayaan dan keseniannya,”
katanya dan menambah Malaysia berhasrat untuk memeliharanya, walaupun dengan
beberapa pengubahsuaian.
Beliau berkata dunia sedang mengalami satu lagi tempoh
transformasi penting dan pembaharuan sentiasa berterusan.
“Secara peribadi, saya telah melalui banyak tempoh perubahan
yang bersejarah – dari zaman koloni dan pembinaan negara, perang dan
penjajahan, dari telegram kepada instagram, dari Malaysia lama kepada Malaysia
baru.
“Perubahan sebenarnya bukanlah perkara yang tidak baik.
Gangguan boleh menjadi sesuatu yang produktif, sekiranya kita sudah bersedia
untuknya, dan sanggup menyesuaikan diri,” tambahnya.
Sidang Kemuncak ke-lapan Dunia Seni dan Budaya Kuala Lumpur
2019 sedang berlangsung di Kuala Lumpur Performing Arts Centre dari 11 sehingga
14 Mac dengan tema “Mobile Minds: Culture, Knowledge & Change”, anjuran
bersama International Federation of Arts and Culture (IFACCA) serta Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian negara (JKKN).
Dengan penyertaan lebih daripada 60 negara, sidang kemuncak
itu akan memberi peluang bagi mengukuhkan masyarakat sivil, menggalakkan
kerjasama antara pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan sektor kerajaan,
dan melengkapkan interaksi antara artis, organisasi serta institusi seni. 
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel