Categories: Berita Lain

Lim dakwa salah sebuah syarikat pemegang AP berkait dengan Jamal Yunos

Foto oleh FMT



Lim Lip Eng (PH-Kepong) mendakwa syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik kontroversi Umno Jamal Yunos merupakan antara yang tersenarai dalam 128 pemegang Lesen Import (AP) baru yang dianugerahkan oleh pentadbiran BN sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, Lim yang menggesa agar pemegang AP dikaji semula, memetik nama Jamal sebagai salah seorang ahli politik yang dikaitkan dengan Umno yang didakwa mendapat manfaat daripada dasar AP terbuka.
“Saya sarankan kerajaan ubah polisi AP terbuka import kereta supaya polisi boleh benar-benar manfaatkan lebih banyak bumiputera dan bukan hanya memperkaya sebilangan bumiputera yang suda kaya jadi lebih kaya.
“128 AP untuk syarikat sedia ada dan 36 untuk syarikat baru. Saya mahu tanya siapa pemilik 128 syarikat itu?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya difahamkan bahawa kebanyakan daripada 128 syarikat itu merupakan milik ahli politik Umno dan kroni mereka, salah seorang daripada mereka adalah Jamal,” kata Lim seperti dilapor portal Malaysiakini.


Lim mengakui beliau merujuk kepada ketua bahagian Umno Sungai Besar itu.
Wakil rakyat DAP itu juga menggesa agar dasar AP dikaji semula secara menyeluruh bagi memastikan ia memberi manfaat kepada bumiputera dan bukannya kumpulan tertentu.
Semakan mendapati syarikat yang dikaitkan dengan Jamal yang dimaksudkan adalah Ismo Automobile Sdn Bhd dan menunjukkan nama syarikat itu berada di nombor 57 daripada 164 syarikat dalam senarai pemegang AP yang dikeluarkan Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (Miti).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semakan pada rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan nama Jamal sebagai salah seorang daripada empat pengarah syarikat dengan pegangan saham 1 peratus untuk keseluruhan operasi.
Advertisement
Jamal dalam pada itu mencabar Lim mengulangi dakwaan terhadapnya di luar Dewan Rakyat.
“Ini bukan kali pertama dia (Lim) petik nama saya, tapi kali ini saya akan respons, dan saya cabar dia untuk ulang dakwaan tu di luar Dewan Rakyat.
“Kita tahu apa nak buat lepas itu,” kata Jamal ketika diminta mengulas perkara itu.
Ditanya kaitannya dengan Ismo Mobile, Jamal sekadar berkata: “Saya tidak mahu buat kenyataan lanjut kerana ia melibatkan pengarah dan pemegang saham syarikat itu.”
Minggu lalu, Miti mengesahkan bahawa 36 syarikat baru dijadikan pemegang AP di bawah dasar AP terbuka yang diperkenalkan pada Jan lalu.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

17 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago