Manakala, menurut beberapa laporan, banyak aduan mengenai perbuatan vandalisme itu diterima dalam masa sejam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Polis Midlands Barat menyiasat serangan itu sebagai berkaitan dan mendapat kerjasama daripada polis antipengganas.
Serangan itu mengakibatkan masyarakat Islam ketakutan beberapa hari selepas serangan keganasan ke atas dua buah masjid di New Zealand meragut 50 nyawa.
Polis mengesahkan bahawa masjid dikenali sebagai Witton Road Islamic Centre di Witton antara yang diserang malam semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut polis, pihaknya turut menerima aduan pada pukul 2.32 pagi tadi mengenai seorang lelaki bersenjatakan tukul besi bertindak memecahkan tingkap-tingkap sebuah masjid di jalan Birchfield Road.
Polis turut menerima aduan serangan serupa pada pukul 3.14 pagi ke atas sebuah masjid di Erdington diikuti beberapa aduan lain.
“Buat masa ini, kami tidak pasti tentang motif serangan itu.
“Apa yang boleh saya katakan adalah polis dan Unit Anti Keganasan kini bekerjasama untuk memburu mereka yang bertanggungjawab,” kata pegawai polis Midlands Barat. – Agensi