Connect with us

Berita Lain

Bantah PM kekalkan Kiandee, Ahli PAC dari BN dan PAS akan letak jawatan


Anggota parlimen BN dan PAS dalam Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) berkata mereka akan meletakkan jawatan daripada jawatankuasa
itu sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan mengekalkan Ronald Kiandee
sebagai pengerusinya.
Bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini, ketua
pembangkang Ismail Sabri Yaakob berkata ia sehinggalah Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad menimbang semula keputusannya itu dan memilih pengerusi baru
di kalangan pembangkang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ismail berkata ia selari dengan janji dalam manifesto PH
untuk melantik pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.
“Keputusan daripada perjumpaan ahli Parlimen BN, kita
cadang Noraini Ahmad (ahli Parlimen Parit Sulong) untuk jadi pengerusi.
“Surat daripada BN dah dikeluarkan pada 1 Mac, (telah)
maklumkan kepada speaker (tapi) tak ada respons, sehingga kenyataan perdana
menteri kekalkan Ronald Kiandee,” katanya pada sidang media di lobi
Parlimen hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut portal Malaysiakini lagi, Ismail yang juga ahli Parlimen Bera itu turut berkata
kenyataan Dr Mahathir yang 
meminta Kiandee untuk kekal memegang jawatan sebagai pengerusi PAC adalah bertentangan dengan manifesto PH pada pilihan raya
umum ke-14 lalu.
“Maknanya PH ada kuasa sepenuhnya dalam PAC, sedangkan
tujuan dilantik daripada pembangkang supaya PAC boleh semak imbang lebih
berkesan untuk lihat kes tertentu lihat daripada kerajaan.
“Kita nampak ini satu penyelewengan daripada janji
walaupun kita tahu janji lain tak ditepati, transformasi Parlimen ini
diharapkan pengerusi PAC diberikan kepada pembangkang.
“Semua ahli PAC pembangkang letak jawatan dan berikan
sepenuh kuasa kepada kerajaan. Kita tidak akan berada dalam PAC sehingga
kerajaan berikan jawatan pengerusi daripada pembangkang,” katanya.
Susulan itu, pembangkang mencadangkan agar Kiandee yang telah menyertai Bersatu digantikan dengan Noraini, yang juga merupakan ketua Wanita Umno.
Beberapa pemimpin PH termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim,
Hannah Yeoh, Nurul Izzah Anwar dan Sim Tze Tzin turut menggesa agar PH
berpegang pada janji manifesto berhubung perkara itu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel