Connect with us

Berita Lain

Bimbang keselamatan anak-anak, makin ramai ibubapa mahu suntikan vaksin diwajibkan



JOHOR BAHRU – Seruan mewajibkan pengambilan vaksin imunisasi bagi membendung penularan penyakit berjangkit semakin kuat kedengaran ekoran beberapa lagi kes difteria direkodkan di negeri ini.


Menerusi tinjauan Bernama, rata-rata ibu bapa menyatakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan gerakan anti vaksin ini sekali gus menyeru agar kerajaan meneruskan usaha untuk mewajibkan vaksin imunisasi itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



S. Sasidaran, 35, berkata dia gagal memahami rasional golongan anti-vaksin yang enggan menuruti saranan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan walaupun jelas program tersebut bermatlamat untuk membendung penularan penyakit berjangkit.


“Saya setuju sekiranya dasar mewajibkan pengambilan vaksin diperkenalkan kerana ia bertujuan untuk mencegah penyakit berjangkit dari merebak.


“Sudah tentu saya bimbangkan keselamatan anak saya. Saya tak mahu dia menjadi mangsa kepada kelalaian ibu-bapa lain,” kata bapa kepada seorang anak itu kepada Bernama, ketika ditemui, baru-baru ini.


Bagi Nur Atikah Asri pula, suntikan vaksin harus diwajibkan kepada semua kanak-kanak sekiranya ia tidak menjejaskan kesihatan penerima.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ibu berusia 28 tahun itu yang juga mempunyai dua orang anak itu turut mendakwa kehadiran warga asing dalam negara, antara faktor menyumbang kepada penurunan peratusan imuniti kelompok setempat.


“Saya sokong gesaan mewajibkan pengambilan vaksin. Pokoknya, kita kena melindungi diri dan masyarakat kita dari penularan penyakit dan wabak.


“Penularan wabak campak di Filipina juga harus dijadikan iktibar dan sebab mengapa kita perlu mengambil langkah tegas dalam menangani perkara ini dari berlaku dalam negara sendiri,” katanya.


Sementara itu, ajen hartanah Candy Koh berharap ibubapa dapat memainkan peranan mereka untuk menjadi pelindung kepada anak-anak mereka.


Menurutnya, ibubapa tidak seharusnya mendedahkan anak mereka kepada risiko penyakit berjangkit yang dapat dicegah dengan pengambilan vaksin.


“Jangan lalai menjalankan tanggungjawab kepada anak-anak. Saya juga berharap faktor kesibukan tidak dijadikan alasan untuk tidak membawa anak-anak mendapatkan suntikan vaksin. Ini demi kepentingan bersama juga,” katanya lagi.


Pada 21 Februari lalu, seorang kanak-kanak lelaki dua tahun sebulan meninggal dunia, menjadikan ia kes terbaru tahun ini yang melibatkan kematian akibat difteria ekoran tiada imunisasi.


Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Januari lalu dilaporkan sebagai berkata keraguan terhadap suntikan vaksin dikenalpasti sebagai satu daripada ancaman terbesar kepada kesihatan global masa kini. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel