Connect with us

Berita Lain

BN akan mesyuarat segera bincang masa depan, kata Mohamad Hasan


KUALA LUMPUR — Satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi
Barisan Nasional (BN) akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang
kenyataan MCA dan MIC yang bertindak mengeluarkan kenyataan bersama mahu
melihat kemungkinan menubuhkan gabungan parti yang baharu.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata
beliau mengambil maklum luahan tidak puas hati oleh presiden MCA dan presiden
MIC dan beliau tidak akan mengetepikan begitu sahaja perkara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah, saya percaya wujud keperluan untuk BN memberi
perhatian yang sewajarnya kepada perkara ini dan bersama-sama mencari jalan
penyelesaian yang terbaik.

“Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan secara tidak
bertanggungjawab oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, saya menyeru semua pihak
untuk bersama-sama duduk berbincang bagi memeta jalan hadapan yang lebih baik
kepada BN dan negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Katanya maklumat mengenai mesyuarat itu juga akan
dimaklumkan sedikit masa lagi.

Dalam pada itu, Mohamad berkata adalah sangat kritikal untuk
semua pihak tidak bertindak melulu atau bersifat pukul rata.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“…Khususnya dengan terus mengambil kenyataan seorang
dua pemimpin dari mana-mana parti komponen yang tidak pun mewakili pendirian BN
sebagai perkara pokok dalam menilai semula status serta masa depan BN,”
katanya.

Terdahulu dalam satu kenyataan bersama, Datuk Seri Wee Ka
Siong dan Tan Sri S.A Vigneswaran telah menyatakan cadangan untuk meneroka
perikatan baharu selepas percaya kerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional
(BN) tidak lagi mencerminkan hasrat sebenar perpaduan dalam kalangan parti.

Kenyataan itu bagaimanapun dibidas oleh Setiausaha Agung BN
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dilaporkan berkata MCA dan MIC harus
meninggalkan BN.

UMNO, MCA dan MIC ialah tiga komponen parti asal dari era
Perikatan yang telah bersama-sama menubuhkan BN pada tahun 1974. Pada
kemuncaknya, BN dianggotai 13 parti komponen termasuk Parti Gerakan Rakyat
Malaysia (Gerakan) serta parti-parti tempatan Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, semua parti melainkan UMNO, MCA dan MIC telah
bertindak keluar BN setelah parti itu kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum
ke-14  (PRU14) Mei tahun lepas. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel