Connect with us

Berita Lain

Bukit Golan di iktiraf oleh Trump sebagai milik israel

   Foto AFP


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam menandatangani deklarasi mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel.


Bertempat di Rumah Putih, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyaksikan Trump menandatangani pengiktirafan tersebut turut memuji tindakan presiden AS itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Keputusan mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan merupakan detik yang amat bersejarah,” kata Netanyahu yang berada di Washington bagi menghadiri persidangan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel – AS (AIPAC).


Sementara itu, Presiden Trump berkata, keputusan mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel seharusnya dilakukan sejak dahulu lagi.


Dalam pada itu, jurucakap Menteri Luar Rusia, Maria Zakharova menegaskan, deklarasi yang ditandatangani Trump itu bertentangan dengan prosedur antarabangsa dan hanya akan menimbulkan ketegangan di Timur Tengah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu turut mengkritik tindakan Trump yang seolah – olah memberi ‘hadiah’ buat Netanyahu yang bakal menghadapi pilihan raya pada 9 April depan.


Terdahulu, wilayah Bukit Golan dirampas rejim Israel dari Syria ketika Perang Enam Hari pada 1967. – AFP

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel