Connect with us

Berita Lain

‘Dakwaan SPRM ke atas saya langgar undang-undang antarabangsa’ – Bekas pengarah AIAC

Foto oleh The Star

Bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) A
Sundra Rajoo berkata hasrat SPRM untuk mendakwanya esok akan melanggar
undang-undang antarabangsa.
Sundra berkata jawatan AIAC mempunyai imuniti dan tindakan
undang-undang tidak boleh dikenakan ke atasnya berhubung tindakan yang
dilakukan ketika menjadi pegawai kanan AIAC.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Justeru, saya menganggap sebarang dakwaan ke atas saya
akan melanggar undang-undang antarabangsa, dan menjejaskan Pertubuhan
Perundingan Undang-Undang-Asia Afrika (AALCO) dan AIAC,” katanya dalam
satu kenyataan.
AIAC diletakkan di bawah perjanjian antarabangsa antara
AALCO dan kerajaan Malaysia.
Sundra juga berkata bahawa SPRM menahannya pada 20 Nov 2018,
namun permohonan reman tujuh hari ke atasnya ditolak kerana imuniti yang ada
padanya.
“Kerajaan secara terbuka komited mematuhi undang-undang
ini. Saya rasa percubaan untuk menarik imuniti saya bercanggah dengan surat itu
dan semangat bukan hanya undang-undang tempatan, tapi juga undang-undang
antarabangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ia juga akan melanggar perjanjian yang ditandatangani
Malaysia dengan AALCO, organisasi antarabangsa yang mana Malaysia merupakan
negara anggota,” katanya lagi.
Sundra pada 6 Mac lalu memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur untuk menegaskan semula imunitinya berhubung tindakan yang dilakukannya
ketika menjadi pengarah AIAC.
Bagaimanapun, Sundra berkata, SPRM kini merancang untuk
mendakwanya sebelum semakan kehakiman didengar.
“Tindakan tergesa-gesa yang tidak seharusnya berlaku
untuk membawa dakwaan ini, sehari sebelum permohonan saya ditetapkan untuk
pendengaran sangat menggusarkan.
“Saya harap permohonan saya kepada mahkamah tidak akan
dipinggirkan oleh pendakwaan,” katanya.
Sundra mendapat perhatian selepas SPRM menyerbu pejabatnya
tahun lalu dan beberapa kakitangannya disoal siasat.
Dia disyaki menggunakan dana kerajaan untuk mendapatkan
manfaat daripada menteri untuk menyambung kontraknya.
Perkembangan itu hadir ketika surat dikirim kepada beberapa
pihak termasuk SPRM, Peguam Negara Tommy Thomas, Menteri Luar Saifuddin
Abdullah dan Ketua Polis Negara Mohd Fuzi Harun.
Rajoo bagaimanapun menyifatkan dakwaan dalam surat itu
sebagai “tidak benar dan tidak berasas”. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel