Connect with us

Berita Lain

Dr M bertemu Duterte dalam lawatan ke Filipina


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan bertemu Presiden
Rodrigo Duterte bersempena lawatan rasmi dua harinya ke Filipina bermula esok
(Rabu).
Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata lawatan
bertemakan ‘Partners for Progress, Brothers for Peace’ itu merupakan sebahagian
daripada siri lawatan pengenalan Dr Mahathir ke negara-negara Asia Tenggara
selepas memulakan tugas sebagai perdana menteri ketujuh pada 10 Mei 2018.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Wisma Putra berkata lawatan itu akan membuka peluang untuk
kedua-dua pemimpin memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia
dan Filipina.
“Lawatan ini juga membolehkan Malaysia mengetengahkan
dasar-dasar terkini kerajaan dan pendirian negara khususnya berkaitan isu-isu
yang mempunyai manfaat bersama.
“Di samping itu, kedua-dua pemimpin akan turut bertukar
pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan
bersama,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Wisma Putra berkata lawatan itu akan menambah momentum
kepada proses pungutan suara bagi Undang-undang Organik Bangsamoro yang telah
diadakan pada 12 Januari dan 6 Februari 2019 bagi mendapatkan persetujuan
penduduk tempatan.
“Malaysia komited kepada proses damai Mindanao dan
berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan sebagai fasilitator dalam proses
damai untuk memastikan kestabilan dapat dicapai di Filipina dan rantau
ini,” kata Wisma Putra.
Filipina merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia di
kalangan negara anggota ASEAN dan rakan dagang ke-15 terbesar di dunia.
Jumlah perdagangan dua hala Malaysia dan Filipina yang
direkodkan pada 2018 adalah sebanyak US$6.45 bilion menyaksikan pertumbuhan
sebanyak 8.8 peratus berbanding US$5.93 bilion pada tahun 2017, jelas kenyataan
itu. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel