Connect with us

Berita Lain

Hasrat Allahyarham Tan Sri Adenan sudah dipenuhi



KUCHING – Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau dan Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah memenuhi hasrat Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang mahu isu ‘pemakai Menua’ dan tanah Pulau Galau diselesaikan.


Menurut Abang Johari, Allahyarham memintanya dan Uggah berbuat demikian semasa di hospital, sehari sebelum meninggal dunia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Pada 10 Januari 2017, beliau memberitahu kami berdua agar selesaikan isu pemakai menua dan tanah Pulau Galau, dan pada 11 Januari 2017, beliau meninggal dunia. Kami tidak pernah menduga beliau akan ‘pergi’ secepat itu.


“Kami berdua rasa gembira kerana kami telah memenuhi hasrat Allahyarham dengan meminda Kanun Tanah (Sarawak) serta memperkenalkan ‘domain wilayah’,” katanya semasa berucap pada sambutan ulang tahun ke-63 Kesatuan Dayak Kebangsaan Sarawak (SDNU), di sini malam tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau juga menafikan dakwaan kerajaan negeri cuba merampas tanah rakyat dengan meminda kanun tanah negeri serta memperkenalkan Seksyen 6 dalam kanun itu.


“Kerajaan tidak pernah berhasrat merampas tanah rakyat,” katanya dan menjelaskan Seksyen 6 adalah bagi melakukan survei tanah komunal sebelum dikeluarkan geran mengikut Seksyen 18 kanun tersebut. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel