Connect with us

Berita Lain

India, Korea Selatan sedia tawarkan jet pada TUDM


Ketika Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang dalam
pertimbangan mengantikan jet-jet pejuangnya yang kini telah berusia, mereka
telah menjadi tumpuan pengeluar jet dari seluruh dunia di Pameran Maritim dan
Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).
Bagaimanapun beberapa peristiwa telah membantu meletakkan
pengeluar jet dari negara-negara Asia dan jet-jet mereka berada dalam pilihan,
termasuklah jet Tejas buatan Hindustani Aeronautics Ltd dari India, JF-17
buatan Sino-Pakistani dari Pakistan dan FA-50 buatan Korea Aerospace Industry.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengeluar pilihan dari Eropah – BAE System dengan jet mereka
Typhoon, Dessault Aviation (Rafale) dan Saab (Gripen) kini kurang mendapat
perhatian selepas Malaysia menyatakan kemungkinan memikirkan semula pembelian
daripada negara Eropah, selepas Kesatuan Eropah mempertimbangkan larangan penggunaan
minyak kelapa sawit dalam bahan bio-fuel.
Bersempena dengan LIMA’19, Bernama bertemu dengan dua
pengeluar jet Asia yang bersedia untuk membantu TUDM dalam proses pengantian
jet pejuangnya.
Tejas dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘bahang’ merupakan
pesawat tempur ringan (LCA) yang dibangunkan pembuat jet India, Hindustan
Aeronautics dan merupakan pesawat supersonik kedua dihasilkan syarikat tersebut
selepas HF-24 Marut.
Pengerusi dan Pengarah Urusan Hindustan Aeronautics R.
Madhavan percaya Tejas mempunyai semua yang diperlukan bagi menjadi penganti
kepada jet pejuang sedia ada di TUDM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya percaya kami boleh menawarkan pakej terbaik untuk
Malaysia, kami adalah syarikat pembuat terbesar di rantau ini untuk aeronatik
dan aeroangkasa, dan kami mempunyai pelbagai rangkaian produk yang boleh
disediakan untuk Malaysia.
“Angkatan Tentera Udara India telah menggunakan Tejas sejak
2016 dan kami juga menerima lebih daripada 120 cadangan untuk mengantikan jet
lama mereka, menunggu arahan daripada mereka,” katanya kepada Bernama di
LIMA’19.
Tejas muncul buat kali pertama di LIMA’19 dan menandakan
penampilannya buat kali pertama di Asia Tenggara.
Selasa lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil
kesempatan untuk melihat jet tersebut secara dekat, ketika lawatannya di Pusat
Pameran Antarabangsa Mahsuri.
Apa yang lebih menarik lagi, Madhavan berkata, syarikat yang
berpusat di Bangalore itu boleh membina jet berkenaan mengikut spesifikasi yang
Malaysia mahukan.
Dikenali sebagai pesawat moden dibina oleh India, Tejas
merupakan pesawat satu enjin dan boleh terbang pada kelajuan supersonik dan
melebihi 50,000 kaki (15,000 meter). Pesawat perang tangkas ini dilengkapi
dengan pelbagai sistem persenjataan termasuklah misil jarak jauh, bom, misil
jarak dekat, bom dengan sistem berpandu laser, tangki minyak tambahan dan pod
laser.
Sementara itu, seorang jurucakap dari Korea Aerospace
Industries (KAI) berkata, jet ringan FA-50 yang dibina syarikat itu adalah jet
terbaik bagi mengantikan pesawat Malaysia sedia ada.
Katanya, syarikat Korea Selatan itu juga telah memberikan
informasi mengenai pesawat tersebut kepada kerajaan Malaysia.
“Kami tahu mengenai keadaan jet pejuang Malaysia dan kami
telah memberikan cadangan kepada kerajaan (Malaysia) dengan semua informasi.
Pada masa ini, kami hanya boleh harapkan yang terbaik,” katanya.
Sejak memasuki perkhidmatan pada 2005, lebih 200 unit
pesawat FA-50 dan derivatifnya telah dijual kepada negara seperti Indonesia,
Filipina, Iraq dan Thailand.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Jet FA-50, dibangunkan bersama KAI dan Lockheed Martin
Aeronautics dari Amerika Syarikat.
Jun lepas, Panglima TUDM Jeneral Affendi Buang mendedahkan
lebih 40 peratus asetnya perlu dinaik taraf kerana melepasi had usia 20 tahun.
Aset ini termasuklah pesawat Hawk buatan BAE yang telah
berada di dalam perkhidmatan selama 25 tahun, jet pejuan buatan Amerika
Syarikat Boing F/A-18D Hornet (20 tahun) dan juga Sukhoi Su-30MKM Flankers
buatan Russia (10 tahun).
LIMA’19 berakhir hari ini dengan penyertaan 406 syarikat
-206 tempatan dan 200 asing – kebanyakannya berkaitan dengan industri
pertahanan. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel