Connect with us

Berita Lain

‘Kamu tuduh kami Taliban, di belakang kamu ada Komunis’ – Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulang ‘paku buah
keras’ terhadap pihak yang menuduh bahawa parti itu sebagai “Taliban”.
Wakil rakyat Marang membidas, tanpa merujuk mana-mana pihak,
dengan menyatakan ‘di belakang kamu ada Komunis’ melalui serangkap pantun di
Facebooknya, lapor Projek MM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Datang bersuluh di Bandar Seremban, Naik Perahu ke Pulau
Manis, Kamu tuduh kami Taliban, Di belakang kamu ada Komunis.”
“Tegakkan Islam, Melayu dan semua kaum selamat!” coret
beliau malam tadi.
Timbalan speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming sebelum ini
dilapor sebagai berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang
diperintah Taliban jika Umno dan PAS bekerjasama membentuk kerajaan.
Didesak memohon maaf dan menarik balik kenyataan selepas
ditegur beberapa pihak, namun timbalan setiausaha agung DAP itu enggan berbuat
demikian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Utusan Online melaporkan Datuk Seri Mohamad Hasan berharap
orang bukan Islam tidak menaruh syak wasangka dengan agenda penyatuan bangsa
Melayu oleh Umno dan PAS.
“Saya harap pihak yang tidak faham cuba mengerti bahawa ini
sebenarnya adalah penyatuan ummah. Jangan ada rasa syak wasangka,” kata
timbalan presiden Umno di Seremban
“Ini bukan ‘pengisytiharan perang’. Kita bukan hendak
berperang dengan sesiapa pun,” katanya selepas Majlis Makan Malam Bersama
Presiden PAS, malam tadi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel