Connect with us

Berita Lain

Larangan remaja keluar malam belum sesuai dilaksana – Dr Wan Azizah


KUALA LUMPUR – Kerajaan berpendapat larangan terhadap
kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu
malam masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini, kata Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat berkata, keadaan itu disebabkan beberapa faktor termasuk ketiadaan
ibu bapa di rumah untuk memantau anak mereka kerana melaksanakan lebih daripada
satu pekerjaan bagi menampung kos sara hidup.
“Terdapat juga keperluan untuk kanak-kanak berada di
luar rumah pada waktu malam seperti kelas tuisyen, aktiviti sukan dan agama di
surau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Terdapat juga kanak-kanak yang bekerja bagi membantu
menyara keluarga daripada segi sosio ekonomi seperti yang dibenarkan oleh
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi kanak-kanak berumur 15 tahun ke atas
kerana pendidikan sekunder kita juga belum diwajibkan,” katanya di Dewan
Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datin Paduka,
Dr. Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu keputusan kerajaan berhubung
cadangan perintah berkurung kepada remaja di bawah umur 18 tahun seperti yang
dinyatakan awal tahun ini. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel