Connect with us

Berita Lain

Lima sekawan dihukum gantung sampai mati

  Foto oleh Bernama


TEMERLOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas lima rakan yang didapati bersalah membunuh seorang pemandu lori, lima tahun lalu.


Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu ke atas A.Simon, 49, S.Suthakar, 25, J.Sivachandran, 31, B.Thiyagu, 34, dan S.Sundramoorthy, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Perbicaraan yang bermula pada Disember 2015 melibatkan 21 saksi pendakwaan dan 10 saksi pembelaan.


Mereka didakwa membunuh A.Pachaippan@Arasu, 43, antara pukul 2.30 hingga 3.30 pagi, 22 November 2014 di tepi Jalan Bendera 13, Taman Bukit Bendera, Mentakab di sini.


Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Berdasarkan keterangan semasa perbicaraan, mangsa dan tertuduh mempunyai pertikaian yang telah berlarutan sejak beberapa tahun sebelum itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan berganda dan mayatnya ditemui dengan beberapa kesan tetakan di badan serta kepala, putus jari selain sebahagian kulit kepala ditemui di atas jalan.


Keterangan sebelum ini juga menyatakan mayat mangsa dihempap dengan motosikal dan dibakar.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa manakala barisan pembelaan diwakili peguam A.Sheelan dan R.Ryshinah. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel